
6:46 PM

viaemma
,
0 Comments
Apa itu H1N1?
Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
Jangka hayat virus
Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas daripada tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.
Asal virus
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico .
Virologi virus H1N1
- Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
- Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
- Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
- H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara serangan - Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
- Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
- Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
- Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
Siapa yang berisiko Tinggi:-- orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
- perempuan yg mengandung
- orang yg ada astmatic
- orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas Simptom2 day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above = lung collapse @ koma
Langkah2 kawalan - Golongan yg berisiko, elakkan drpd kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)
- Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
- Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.
- Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
- Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
- Bagi org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
- Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
- Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus dan akan menambahkan kesesakan klinik/hospital.
- Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!. Jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
- Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. Dan utk awam selewat2nya pada 2010.
- Utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . Ianya mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. Jika ada klinik menyatakan mereka boleh menjalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
- Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

8:22 PM

viaemma
, Posted in
INFO - Susu Ibu
,
0 Comments
Tidak semua ibu-ibu menggunakan breast pump walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih efisyen. Ada beberapa jenis breast pump yang boleh dipilih sesuai untuk kegunaan ibu surirumah hingga yang bekerjaya mengikut keperluan serta kegunaannya. Yang penting, breast pump tersebut mestilah sesuai untuk kegunaan mereka terutama pada mereka yang bekerja perlulah memilah pam yang sangat sesuai. Dipasaran sekarang, terdapat beberapa jenis pam yang direka khas untuk keperluan harian dan tepat untuk ibu bekerjaya.
Beli breast pump mengikut keperluan!
Tidak semua breast pump berkualiti baik. Breast pump yang tidak bagus dan yang sangat murah juga boleh menyakitkan dan merosakkan payudara. Lebih baik beli pam mengikut brand yang dipercayai walaupun harganya agak mahal. Mestilah budget adalah perkara utama yang difikirkan dan cubalah membandingkan harga tersebut dengan kedai-kedai lain atau lebih senang jika mencari harga-harga tersebut di internet. Begitupun, pastikan ianya sesuai dengan keperluan dan kegunaan supaya ianya tidak mendatangkan pembaziran. Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:
- Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Jika anda berniat untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada bayi, anda perlu fikirkan pam yang sesuai digunakan untuk mengepam bagi meninggalkan stok susu kepada bayi ketika anda bekerja. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
- Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
- Kos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
- Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
- Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping).
- Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.
Jenis-Jenis Breast Pump
Pam Manual- Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.
- Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.
- Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.
- Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.
- Sesuai digunakan untuk orang yang tidak kerap menggunakan pam.
- Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.
Pam Menggunakan Bateri- Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
- Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
- Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
- Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
- Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
- Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.
Pam Elektrik- Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
- Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
- Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
- Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
- Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
- Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
- Mudah dibawa kemana-mana.
- Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.

12:53 AM

viaemma
, Posted in
INFO - Kehamilan
,
0 Comments
Ultrasound ialah mengambil imej fetus di dalam perut wanita hamil melalui gelombang bunyi. Berikut ada sedikit informasi tentang ultrasound.
Apakah Ultrasound?
Semasa hamil, tumbesaran bayi boleh dilihat dan dipantau melalui mesin pengimbas bunyi. Imbasan bunyi adalah prosedur untuk melihat dan mengkaji fizikal fetus menggunakan getaran frekuansi bunyi yang tinggi bagi membentuk imej.

Ianya berfungsi dimana satu alat diletakkan di atas kulit perut serta menggerakkannya dan dalam masa yang sama ia mengeluarkan gelombang bunyi yang tidak berbahaya kepada badan. Getaran bunyi tersebut akan mengembalikan imej struktur di dalam perut seperti fetus.
Isyarat bunyi itu pula akan ditafsir oleh komputer dan mempamerkan imej pada skrin komputer. Dengan penghasilan imej tersebut, doktor boleh memeriksa mengkaji serta menilai pembesaran bayi di dalam rahim tersebut.

Adakah Ianya Selamat?
Imbasan ultrasound tidak bahaya untuk kesihatan manusia mahupun janin sepertimana sinaran ion lain. Tetapi ia satu kesilapan jika memikirkan ia benar-benar selamat sepenuhnya kepada bayi yang membesar di dalam rahim.
Ia bekerja dengan menghantar bunyi kedalam tisu badan dan ia akan melantun semula menjadi satu imej.
Menurut Dr. Ben Kim, gelombang bunyi ini sedikit sebanyak mengeluarkan kesan-kesan fisikologi seperti berikut:-
- Meningkatkan aliran darah dan suhu dalam tisu badan.
- Menghasilkan seperti buih gas yang memberi tekanan kepada tisu-tisu.
- Kesan-kesan mekanikal seperti pengaliran darah sekeliling sel menyebabkan tekanan kepada tisu-tisu.
Terdapat pandangan lain mengatakan bahawa imbasan ultrasound untuk fetus tidak mencukupi untuk mengeluarkan kesan-kesan fisikologi kepada satu tahap yang berbahaya kepada fetus. Mungkin pandangan sedemikian dipengaruhi oleh nilai ringgit yang diniagakan.
Sebelum imbasan ultrasound dilakukan untuk memeriksa janin di dalam badan, fikirkan perkara berikut:-
- Imbasan ultrasound terhadap wanita hamil telah menunjukkan peningkatan ketara terhadap kemungkinan kepada keguguran, lahir tidak cukup bulan dan boleh membawa kematian bayi.
- Ahli-ahli fisioterapi telah melakukan imbasan untraound terhadap wanita hamil untuk lebih 20 jam seminggu telah mendapati risiko meningkat untuk keguguran spontan.
- Menurut kajian, terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang selalu terdedah dengan gelombang ultrasonik sewaktu mereka di dalam kandungan mempunyai peluang untuk menderita akibat dyslexia dan masalah pembelajaran daripada kanak-kanak yang tidak terdedah dengan gelombang tersbut.
Ada beberapa alasan yang ditekankan oleh Dr. Ben Kim mengapa beliau percaya bahawa mengelak daripada melakukan ultrasound semasa hamil adalah:
- Tidak kira gelombang apa yang dikatakan selamat digunakan, terdapat juga sedikit kemungkinan gelombang ini memberi tekanan fizikal untuk tumbesaran bayi. Mengapa harus mengambil risiko sebegini?
- Terdapat juga kemungkinan mesin pengimbas tersebut menghadapi masalah dalam mengeluarkan gelombang yang berlebihan kepada bayi. Mengapa harus mengambil risiko sebegini?
-------------------------------------------------------
Pada pendapat personal aku pulak, jika kebanyakan profesional mengatakan bahawa ultrasound bayi semasa hamil adalah selamat, maka tidak salah melakukannya. Terpulanglah kepada individu tersebut. Kerana ultrasound yang kita buat tidaklah memakan masa yang begitu lama sehingga menjangkau 20 jam seminggu. Cukuplah jika scan dilakukan 2-3 kali semasa hamil bagi memantau tumbesaran bayi di dalam rahim.