Apa beza beras perang dengan beras biasa?
5:57 PM
viaemma
, Posted in
Solid food for Baby
,
1 Comment
Salam,
Beras perang adalah sama sahaja dengan beras biasa tetapi yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut. Kebanyakan orang lebih menyukai beras biasa kerana ianya lembut dan cepat dimasak daripada beras perang yg m’punyai tekstur yg agak kasar.
Oleh kerana beras perang memiliki selaput perang dipermukaan berasnya maka ia mempunyai serat yg lebih daripada beras biasa. Satu cawan beras perang mengandungi 3.5 gram serat manakala satu cawan beras biasa mempunya kurang dari 1 gram serat. Kebiasaanya kita memerlukan 25-38 gram serat dalam makanan harian kita.
Beras perang juga mengandungi nutrisi seperti magnesium, Manganese dan zinc. Beras biasa kurang nutrisi-nutrisi ini tetapi mengandungi lebih zat besi dan beberapa vitamin B.
Untuk kesihatan dalam masakan harian kita dirumah, cuba amalkan masak nasi beras biasa dan campur segengam beras perang. (Jika semua nasi menggunakan beras perang, mesti lepas ni tak mkn beras perang dah… huhu). Beras perang lebih kasar teksturnya. Melainkan kita masak dgn agak lama.
Untuk bayi juga begitu. Jika menggunakan serbuk beras perang yang sedia dikisar halus, teksturnya lembut sedikit berbanding jika kita masak menggunakan beras perang yg belum dikisar. Oleh itu, ada baiknya kite campurkan sikit beras perang dengan beras biasa untuk bubur bayi. Tetapi jika beras perang serbuk, kite boleh terus memasaknya tanpa campuran beras biasa. Cuma lihat reaksi bayi pada beras perang kerana ada sesetengah bayi tidak menyukai rasanya. Jika dia tidak suka dgn rasa beras perang, campurkan beras perang & beras biasa pd masakannya.
Have a good day!
oo baru saya tau kelebihan beras perang nie.. nak cuba untuk baby saya.. baby saya susah makan.. selalu kalau bagi bubur mesti dia muntah.. 2-3 hari nie saya buat saya biasa tp lembikkan sikit..campurkan sup sayur baru dia nak makan.. thank's for info ...