Showing posts with label Viaemma LOVE Story. Show all posts
Showing posts with label Viaemma LOVE Story. Show all posts

9th March 2011

Smlm 9th March 2011, special day utk aku.... My Birthday. Sbnrnya xde la special mana.... tapi keadaan dan situasi menjadikan smlm sgt ISTIMEWA.

Sedang aku relex2 kat umah dengan Auni, ada org ketuk pintu..... Bila bukak ada flower girl bawak jambangan bunga ROS MERAH 12 kuntum.... xpayah teka dah tau sapa yg bagi.... :p

Berbunga-bunga la rasa :p Tahun lepas 6 kuntum.... Tahun ni, 12 kuntum.... tetap ROS MERAH.

Auni pun jakun kejap.... Setiap tahun masa birthday je... dapat bunga! Last year auni xtau apa2. This year dia plak syok melayan bunga tu.... macam dia punya :p


Petang tu plak, abang call... dia minta tolong aku tgkkan fail dia dlm almari dekat ruang bacaan di tingkat atas. Terpaksa aku menapak ke atas. Dia suh bukak laci bawah tu dan ambil barang dlm plastik. Terus dia letak tepon.

Aku tgk ada kotak hadiah. Hehehe.... dapat hadiah. yeye!


Aku turun cepat2 sbb auni setia tunggu aku kat bawah. Dia lak excited tgk ada barang dlm plastik. Sblm tu, aku tangkap gambar lagi dgn hadiah tu.... Aku xdapat nak teka apa hadiah tu sbb kotak tu kecik je.... aku igt pasu bunga sbb dalam plastik tu ada 2 pek bijik2 yg kembang bila letak air tu... apa namanya xtau la. Ala, kalo nk buh bunga hidup, letak benda alah tu....

Lepas bergambar sakan dgn Auni, aku pun bukak la....


Terharu betul aku tgk hadiahnya....... :(

Ni la hadiahnya... Lense ni dah lama aku idamkan... :(

Meraung aku kejap.... hehe.... Ye la... terharu aku. Dah la baru abiskan duit beli flash untuk aku.... kali ni lense plak..... teruk betul hobi giler aku ni.... Punyala berlambak kamera kecik dan tercanggih di pasaran, kamera gajah ni jugak aku ngusung sampai senget bahu.... Laki aku lak, biarkan aje aku melayan hobi teruk ni.....

Aku terus cuba lense tu.... Dan cincin ni adalah gmbr pertama yg aku tangkap melalui lense tu!


NOTA : Kepada abang, thanks utk semua! Semoga lebih maju jaya dlm sume bidang terutama bisnes! Semoga kite terus dilimpahi rezeki Allah dan begitu juga kepada seluruh umat Islam dunia. Aminnnn......

When Auni was 116 days (On 11th Jan 2010)

Gambar Auni masa umur 116 hari.

Istana Anak Bukit

Layan gambar Auni sj. Sbb hanya gambar dia yg disnap!

Pulau Pangkor

Ni sume gambar masa Auni tepat2 1 tahun 2 hari di Pulau Pangkor. Tgk gmbr je la...

"Panas terik la mama! Nini pakai spek ek"

My Love

Nothing to describe... But everyday is like this --->



yang kanan skali tu Auni....



Tg Dawai

Salam... Tak tau mana nak mula... Lama sangat tak jenguk sini.... Layan gambar je lah!
gambar ni masa dekat Tg Dawai. Cantik sgt sunset dia. Disebabkan terlalu teruja, xtahu gambar apa yg dah snap!

Auni and sunset!

Tahniah Kawanku!

Lama sgt aku tak jenguk & update blog. Byk sgt komitmen sbg ibu dan kerja. Pertamanya, terima kasih yg tak terhingga kpd yg sudi bertanya tentang susu ibu. Maaf kpd yg bertanya sekiranya sy lambat balas.

Byk sgt suka dan duka ttg persoalan ini. Terbukanya hati utk berblog hari ni adlh kerana aku dgr seorg kenalan yg berjaya menyusukn anaknya dgn penuh tanpa bantuan susu formula skrg. Wlpn awlnya susu formula diberikan kerana susu tak keluar selama 5 hari serta anaknya sgt kuat minum. Syukur Alhamdulillah, skrg hanya diberi susu ibu.

Dari jauh, aku sgt2 bersyukur dan terharu dgn usahanya. Syabas dan tahniah kepadanya. Bagaimana dia usaha menghasilkan susu ibu wlpn awl2 tu susunya tak keluar? Dia keep on pumping dan bg direct baby minum susu wlpn tak ada susu lagi. Itulah tipsnya…. Stimulation/Rangsangan!!

Tidak ada rangsangan = tidak ada susu.

Aku tabik dgn usaha dia yg bersungguh2. Pada yg tak ada susu, rangsanglah payudara selalu. Ertinya, still bg anak menghisap atau still pump wlpn susu tak keluar mengikut waktu yg teratur (dalam 24 jam, rangsangan diberikan sebanyak 8-12 kali. Dalam erti kata lain 2-3 jam sekali atau paling susah 4 jam sekali). Rangsangan ini akan terus ke otak utk rangsangan penghasilan susu.

Kalau harapkan bantuan mknn utk menambahkan susu tapi tiada rangsangan dibuat, mmg xdapat lah.

Kpd seoarg dua kawan aku yg sedang mengandung skrg, ada yg berminat utk memberikan anknya susu ibu. Sgt terharu dan dgn berbesar hati aku sedia membantu. Igt seperkara, dlm hal ini ada yg menyokong dan ada yg sebaliknya. Tetapi nilailah seseuatu perkara itu dgn yg lebih positive utk kebaikan diri sendiri, anak, keluarga dan seluruh umat Islam…. InsyaAllah.

Ini aku updatekan gambar Auni 10 bulan..... Semoga dia menjadi anak yg Solehah, baik, cerdik dan pandai... Amin....

Auni @ 10 bulan

A Beautiful Princess Inside My Belly!

19hb June 2009 pukul 3 ptg, aku pi VISION COLLEGE buat 3D ultrasound. Sj suka-suka buat ultrasound 3D. Mulanya nk buat di An-Nur Bangi nun... tp, ada pilihan lain yg lebih murah di VISION COLLEGE. Jd, aku cuba sajalah.... lgpun tujuan buat 3D ni pun lebih kpd physical's look.

okla, kpd sapa2 yang minat nk buat 3d ultrasound kat VISION COLLEGE ni, harganya cuma RM60.00 + CD. Mungkin boleh bagi alternatif pada sapa-sapa yang xmampu buat di klinik-klinik biasa yang biasanya mencecah RM180.00 ke atas skali scan ultrasound 3d ni. Alamat dan contact no adalah seperti berikut dibawah. Jangan lupa buat appoinment dulu sebelum datang.

VISION COLLEGE,
Lot 709-a,
6th Floor, Block E,
Kelana Park View Tower,
Jalan SS6/2, Kelana Jaya,
Petaling Jaya.
Tel: 03-7803 8300

Ok, kat sini aku share gambar yg discan ms di kolej ni... Ada beberapa org kawan yg xmahu menunjukkan hasil scan diaorg pd aku. Hehe... aku tak kisah pasal aku bkn artis utk berahsia soal ni.... Dan hasil scan aku pulak, diaorg xsabar nk tgk.... lg satu, ada jg yg bg alasan kata klinik tu xbg scan picture/video & hanya akn bg lps bersalin.... hehe, kalo xnk bg tgk pun, ckp je xnk tunjuk... kan senang. I'll never ask for 2nd time. hehe..... its a life.

Pada aku, aku lebih nk share ttg soal kualiti scan yg dihasilkan oleh VISION COLEGE walaupun sbnrnya hampir sama sj dgn klinik lain. Just give u all an alternative place to do with low cost budget. Dan pd sudut positif lain, lbh kpd harapan org lain akan sll mendoakan kesihatan & sebagainya pd baby ni.... Aminnnn....

The result is.... she is a girl! I really love it....

uhmmm.... agak sukar nk capture face dia memandangkan dia aktif waktu tu.....

Agak-agaknya ikut muka siapa la ek?
She got a beautiful lips....



video yg diambil waktu dia senyap sekejap....

Ok, hopefully kpd sume pembaca-pembaca, doakan yg terbaik buat kami. Doakan dia menjadi anak yg solehah, cerdik/pandai dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga berkat perkongsian ni m'jd satu yg lbh baik dan berkat utk kami sekeluarga. Amin ya Rabbal Alaminnn.....

16 weeks (27-Mar-09)

uwaaahhh...... dah nampak macam seorang manusia kecil.....


Ni aku scan masa kat Poliklinik Seri Kembangan. Patutlah perut aku ni rasa kuat ditendangnya.... rupanya dah memang besar. Sekarang makin kuat rasa tendangannya....

Subhanallah....

12 weeks (28-Feb-09)

Inilah gambar baby dalam perut waktu 12 weeks.... dah ada kaki tangan. Waktu scan, dia sangat aktif bergerak.....


Memang indah ciptaan Tuhan...... Subhanallah!

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme