Apa itu H1N1?

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . Jika selepas daripada tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.

Asal virus

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico .

Virologi virus H1N1

  • Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
  • Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
  • Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
  • H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan
  • Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
  • Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
  • Peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse'
  • Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa yang berisiko Tinggi:-
  • orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemuk
  • perempuan yg mengandung
  • orang yg ada astmatic
  • orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


Simptom2

day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk.........jumpa doktor dngan segera.......
day 5 and above = lung collapse @ koma


Langkah2 kawalan
  1. Golongan yg berisiko, elakkan drpd kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)
  2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.
  4. Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).
  5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
  6. Bagi org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
  7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
  8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus dan akan menambahkan kesesakan klinik/hospital.
  9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!. Jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
  10. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. Dan utk awam selewat2nya pada 2010.
  11. Utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . Ianya mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. Jika ada klinik menyatakan mereka boleh menjalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
  12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.

Breastpump

Tidak semua ibu-ibu menggunakan breast pump walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih efisyen. Ada beberapa jenis breast pump yang boleh dipilih sesuai untuk kegunaan ibu surirumah hingga yang bekerjaya mengikut keperluan serta kegunaannya. Yang penting, breast pump tersebut mestilah sesuai untuk kegunaan mereka terutama pada mereka yang bekerja perlulah memilah pam yang sangat sesuai. Dipasaran sekarang, terdapat beberapa jenis pam yang direka khas untuk keperluan harian dan tepat untuk ibu bekerjaya.

Beli breast pump mengikut keperluan!

Tidak semua breast pump berkualiti baik. Breast pump yang tidak bagus dan yang sangat murah juga boleh menyakitkan dan merosakkan payudara. Lebih baik beli pam mengikut brand yang dipercayai walaupun harganya agak mahal. Mestilah budget adalah perkara utama yang difikirkan dan cubalah membandingkan harga tersebut dengan kedai-kedai lain atau lebih senang jika mencari harga-harga tersebut di internet. Begitupun, pastikan ianya sesuai dengan keperluan dan kegunaan supaya ianya tidak mendatangkan pembaziran. Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:

  • Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Jika anda berniat untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada bayi, anda perlu fikirkan pam yang sesuai digunakan untuk mengepam bagi meninggalkan stok susu kepada bayi ketika anda bekerja. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
  • Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
  • Kos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
  • Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
  • Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping).
  • Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual
  • Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.
  • Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.
  • Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.
  • Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.
  • Sesuai digunakan untuk orang yang tidak kerap menggunakan pam.
  • Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.

Pam Menggunakan Bateri

  • Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
  • Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
  • Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
  • Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
  • Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
  • Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.

Pam Elektrik
  • Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
  • Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
  • Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
  • Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
  • Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
  • Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
  • Mudah dibawa kemana-mana.
  • Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.

Ultrasound

Ultrasound ialah mengambil imej fetus di dalam perut wanita hamil melalui gelombang bunyi. Berikut ada sedikit informasi tentang ultrasound.

Apakah Ultrasound?

Semasa hamil, tumbesaran bayi boleh dilihat dan dipantau melalui mesin pengimbas bunyi. Imbasan bunyi adalah prosedur untuk melihat dan mengkaji fizikal fetus menggunakan getaran frekuansi bunyi yang tinggi bagi membentuk imej.


Ianya berfungsi dimana satu alat diletakkan di atas kulit perut serta menggerakkannya dan dalam masa yang sama ia mengeluarkan gelombang bunyi yang tidak berbahaya kepada badan. Getaran bunyi tersebut akan mengembalikan imej struktur di dalam perut seperti fetus.

Isyarat bunyi itu pula akan ditafsir oleh komputer dan mempamerkan imej pada skrin komputer. Dengan penghasilan imej tersebut, doktor boleh memeriksa mengkaji serta menilai pembesaran bayi di dalam rahim tersebut.


Adakah Ianya Selamat?

Imbasan ultrasound tidak bahaya untuk kesihatan manusia mahupun janin sepertimana sinaran ion lain. Tetapi ia satu kesilapan jika memikirkan ia benar-benar selamat sepenuhnya kepada bayi yang membesar di dalam rahim.

Ia bekerja dengan menghantar bunyi kedalam tisu badan dan ia akan melantun semula menjadi satu imej.

Menurut Dr. Ben Kim, gelombang bunyi ini sedikit sebanyak mengeluarkan kesan-kesan fisikologi seperti berikut:-

  • Meningkatkan aliran darah dan suhu dalam tisu badan.
  • Menghasilkan seperti buih gas yang memberi tekanan kepada tisu-tisu.
  • Kesan-kesan mekanikal seperti pengaliran darah sekeliling sel menyebabkan tekanan kepada tisu-tisu.
Terdapat pandangan lain mengatakan bahawa imbasan ultrasound untuk fetus tidak mencukupi untuk mengeluarkan kesan-kesan fisikologi kepada satu tahap yang berbahaya kepada fetus. Mungkin pandangan sedemikian dipengaruhi oleh nilai ringgit yang diniagakan.

Sebelum imbasan ultrasound dilakukan untuk memeriksa janin di dalam badan, fikirkan perkara berikut:-

  • Imbasan ultrasound terhadap wanita hamil telah menunjukkan peningkatan ketara terhadap kemungkinan kepada keguguran, lahir tidak cukup bulan dan boleh membawa kematian bayi.
  • Ahli-ahli fisioterapi telah melakukan imbasan untraound terhadap wanita hamil untuk lebih 20 jam seminggu telah mendapati risiko meningkat untuk keguguran spontan.
  • Menurut kajian, terdapat bukti bahawa kanak-kanak yang selalu terdedah dengan gelombang ultrasonik sewaktu mereka di dalam kandungan mempunyai peluang untuk menderita akibat dyslexia dan masalah pembelajaran daripada kanak-kanak yang tidak terdedah dengan gelombang tersbut.
Ada beberapa alasan yang ditekankan oleh Dr. Ben Kim mengapa beliau percaya bahawa mengelak daripada melakukan ultrasound semasa hamil adalah:

  • Tidak kira gelombang apa yang dikatakan selamat digunakan, terdapat juga sedikit kemungkinan gelombang ini memberi tekanan fizikal untuk tumbesaran bayi. Mengapa harus mengambil risiko sebegini?
  • Terdapat juga kemungkinan mesin pengimbas tersebut menghadapi masalah dalam mengeluarkan gelombang yang berlebihan kepada bayi. Mengapa harus mengambil risiko sebegini?
-------------------------------------------------------

Pada pendapat personal aku pulak, jika kebanyakan profesional mengatakan bahawa ultrasound bayi semasa hamil adalah selamat, maka tidak salah melakukannya. Terpulanglah kepada individu tersebut. Kerana ultrasound yang kita buat tidaklah memakan masa yang begitu lama sehingga menjangkau 20 jam seminggu. Cukuplah jika scan dilakukan 2-3 kali semasa hamil bagi memantau tumbesaran bayi di dalam rahim.

Menyimpan/Menggunakan Perahan Susu Ibu

Susu perahan mesti disimpan jika bercadang untuk tidak menggunakannya dalam masa yang segera. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyimpannya. Susu perahan boleh jadi perkara yang tidak rumit jika tahu bagaimana cara menyimpannya tetapi yang penting, mesti tahu bagaimana cara terbaik untuk menyimpannya. Susu perahan boleh disimpan untuk jangkamasa yang panjang atau dalam jangkamasa yang pendek mengikut keperluan dan cara penyimpanan. Ia juga bergantung kepada ruang simpanan dan kuantiti susu.

Kaedah menyimpan susu

  • Jika ingin menyejukbekukan susu tersebut, mestilah dilakukan dalam masa 24 jam selepas mengepam.
  • Susu perahan boleh disimpan di dalam botol plastik atau botol kaca yang ditutup ketat atau boleh juga disimpan di dalam beg plastik (nursing beg) khas untuk simpanan susu ibu. Jangan gunakan beg plastik sebarangan untuk tujuan simpanan susu ibu ini atau mana-mana botol yang boleh bocor atau pecah. Jangan sesekali menyimpan susu secara terbuka (tanpa tutup) dan jangan membekukan di dalam bekas kiub ais.
  • Bekas simpanan atau botol susu mestilah bersih, ditutup ketat dan simpan di dalam penyejuk beku untuk tahan lebih lama.
  • Cecair seperti susu ini cenderung untuk mengembang ketika sejuk. Jadi jangan terlalu penuhkan susu di dalam bekas tersebut untuk memberi ruang agar ia boleh mengembang.
  • Untuk mengelak berlakunya pencemaran, jangan menambah susu perahan baru kepada susu yang sudah beku.
  • Jangan simpan susu di sekitar pintu peti ais kerana kawasan ini lebih panas dan selalu terdedah apabila membuka peti ais. Adalah lebih baik jika menyimpan susu ini di kawasan paling belakang kerana kawasan tersebut suhunya rendah. Dan jika boleh, simpannya di dalam peti penyejuk beku.
  • Susu yang telah disejukkan akan tahan selama 1 bulan di dalam peti ais dan tahan sebaik-baiknya sehingga 6 bulan di dalam penyejuk beku yang dikhaskan untuk tujuan ini sahaja.
  • Lebelkan susu tersebut dengan tarikh dan masa perahan dan pastikan bayi minum susu yang diperah mengikut tarikh terawal. Susun susu tersebut mengikut tarikh perahan tersebut.
  • Lebih elok lagi jika susu yang disejukbekukan itu digunakan sebelum 3 bulan kerana lemak-lemak yang terdapat di dalam susu ibu mempunyai satu kecenderungan untuk rosak jika disimpan terlalu lama.
  • Susu beku yang telah dinyahbeku boleh disimpan di dalam peti ais tidak lebih dari 24 jam dan tidak sesuai diminum selepas itu.
  • Untuk mengelakkan pembaziran, susu yang ingin dibekukan disimpan di dalam bekas yang memuatkan 2 hingga 4 auns setiap satu bekas. Bermakna, apabila ingin digunakan, hanya panaskan susu tersebut dan terus diberikan kepada bayi dan lebihannya jangan disimpan melebihi 24 jam di dalam peti ais dan seeloknya dibuang. Apabila bayi anda sudah menginginkan susu dalam kuantiti yang besar, bolehlah menyimpan di dalam bekas yang lebih besar. (Perlu ingat, jika kuantitinya banyak, ia mengambil masa yang agak lama untuk dinyahbekukan)
Kaedah Menggunakan Susu Perahan Beku

  • Susu beku harus dicairkan didalam peti sejuk dan digunakan dalam 24 jam selepas dinyahbeku. Susu yang dinyahbeku dan disimpan di dalam peti sejuk patut dibuang jika melebihi 72 jam.
  • Elak mengunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk mengelakkan bayi melecur atau ia boleh merosokkan kualiti susu tersebut.
  • Haba yang dikeluarkan oleh ketuhar gelombang mikro (microwave) juga boleh menyebabkan kehilangan nutrient, vitamin dan antibodi yang terdapat di dalam susu tersebut.
  • Cara yang lebih selamat dan lebih praktikal ialah dengan memanaskan susu di dalam air panas dengan meletakkan botol susu tersebut di dalam air panas atau menggunakan pemanas elektrik (warmer) yang boleh dibeli dikedai-kedai yang menjual alatan tersebut.
INGAT… Susu boleh disejuk dan dibekukan. Tetapi jika sudah sekali panaskan susu tersebut, jangan sesekali menyejukbekukan semula. Lebihan susu yang tidak diminum bayi hendaklah dibuang.

  • Apabila sudah panaskan susu dengan cara yang disebutkan, titikkan sedikit di pergelangan tangan sebelum menyuapnya pada bayi bagi memastikan ianya tidak terlalu panas untuk bayi.
  • Perlu diingatkan bahawa lebihan susu yang tinggal di dalam botol mesti dibuang selepas satu jam dan tidak menyimpannya semula di dalam peti sejuk untuk hidangan berikutnya. Sekali bayi sudah minum dari botol tersebut, susu tersebut mesti dihabiskan dalam masa sejam atau dibuang sahaja lebihannya.
Lain-lain info

  • Susu akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu susu dan lemak. Lemak akan terapung dibahagian atas tetapi ia tidak bermakna susu tersebut rosak jika ia disimpan dengan betul. Goncang dengan lembut botol tersebut.
  • Pastikan gocangan yang dibuat boleh sebatikan susu tersebut dan ia menghasilkan sedikit buih tetapi ianya tidak bermaksud susu tersebut rosak.

Apakah Kebaikan Susu Ibu?

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Penyusuan bayi juga baik untuk ibu

Menyusu bayi juga baik untuk ibu. Antaranya ia akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi.
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung samada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan menyusukan anak menurut Islam:

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

What a Great Mom!!

Aku nak kongsi sikit mengenai cara seorang ibu bekerjaya yang bersemangat kental dalam memberikan anaknya susu ibu secara exklusif! Memang sangat kagum dengan apa yang telah dilakukan dan ianya patut dijadikan teladan buat semua ibu-ibu bagi mencontohi apa yang dilakukan. Dia telah berjaya membuktikan bahawa bekerjaya bukanlah halangan besar bagi menyusukan anak secara penuh tanpa sedikitpun keluhan.

Tak tahulah samada dapat mengikuti apa yang dilakukannya dan berharap ianya tidak berkubur ditengah jalan. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak cerita ini dapat memberi sedikit inspirasi di dalam cabaran ini akan datang.

Aku ambik artikel ni dalam majalah Pa&Ma August 2008 & September 2008 sebagai panduan untuk aku dan aku kongsikan bersama rakan-rakan dalam blog ni. Mungkin ada yang tak baca artikel ini pada masa itu atau mungkin ada yang terlepas pandang artikel tersebut. Maka kat sini, aku menyalin semula artikel tersebut dan kepada Pa&Ma terima kasih kerana siarkan artikel yang mampu membuka hati aku untuk cuba melakukan kaedah yang sama.

Pa&Ma August 2008 and September 2008


"Kumpul 260 Botol Susu Ibu Dalam 2 Bulan" - August 2008

Ramai ibu merungut susu tidak cukup untuk keperluan bayi padahal baru sahaja selesai berpantang. Tetapi tidak pula bagi Nor'Ain. Walaupun sibuk dengan tuntutan tugas sebagai seorang doktor, dia seboleh-bolehnya berusaha gigih demi menjayakan penyusuan ekslusif. Kongsi pengalamannya bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN.

Bertuah sungguh anak-anak Nor'Ain, Muhammad Nazmi Muzaffar dan Nur Hannah Lyana, kerana ibu mereka hanya menginginkan yang terbaik buat putera dan puteri kesayangan. Kedua-duanya berpeluang menikmati khasiat susu ibu yang sememangnya terbaik untuk perkembangan diri masing-masing.

Menyedari kebaikan yang terkandung dalam susu ibu, graduan ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini, bertekad mahu menyusukan anak-anaknya secara eksklusif sejak mereka belum lahir lagi. Apatah lagi, sokongan daripada suami menguatkan lagi keazaman ibu muda ini. "Kesedaran yang wujud dalam diri saya banyak diperoleh melalui pendedahan persekitaran perubatan yang saya lalui selama ini. Sejak dari zaman belajar lagi, saya terdedah dengan keistimewaan susu ibu untuk bayi. Kelebihan yang ada padanya diakui lebih banyak berbanding susu formula. Jadi, mengapa saya mesti menidakkan khasiat susu ibu. Malah sebelum Hannah lahir lagi, saya menjadi pelanggan setia Pa&Ma.

Melalui majalah Pa&Ma, saya mula mendekatkan diri dengan topik-topik berkaitan laktasi. Lebih menguatkan semangat apabila suami yang sama-sama bertugas dalam bidang perubatan sangat menyokong dan banyak membantu saya mengharungi cabaran menyusukan anak. Dia pun sependapat dengan saya dan mahu anak-anak kami menerima khasiat susu badan sepenuhnya."

Rahsia susu banyak

Banyaknya... ltulah yang terlintas di fikiran penulis tatkala Nor'Ain menunjukkan peti aisnya yang dipenuhi dengan susunan botol perahan susu ibu. Terdetik perasaan cemburu melihat kesungguhan ibu muda ini dalam merealisasikan impiannya menyusukan anak secara eksklusif. Tanpa berlengah, penulis mula mencungkil rahsianya yang mampu mengumpul sehingga 260 botol susu perahan dalam masa dua bulan sahaja. "Sebagai seorang Muslim, saya sentiasa berdoa memohon agar niat murni saya dipermudahkan. Alhamdulillah, susu saya banyak walaupun tidak mengambil apa-apa suplemen untuk memperbanyakkan susu. Apa yang dapat saya kongsikan ialah setiap kali sebelum menyusu, saya akan minum air kosong dalam jumlah yang banyak."

"Menyentuh soal makan pula, saya lebih banyak makan daripada biasa. Saya makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Pada masa yang sama, seboleh-bolehnya saya elakkan makanan yang mengandungi MSG terutamanya makanan segera. Dan seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan orang, saya makan kurma dalam jumlah banyak dengan harapan dapat merangsang penghasilan susu. Setakat ini, Alhamdulillah semua usaha yang saya lakukan nampaknya membuahkan hasil"

Membongkar rahsianya lagi, Nor'Ain memberitahu, "Semasa berpantang, Nazmi menyusu sejam sekali dan setiap dua atau tiga jam, saya akan pam. Ini adalah salah satu daripada untuk merangsang penghasilan susu. Walaupun Nazmi sudah selesai menyusu, saya akan terus pam untuk mengosongkan payu dara. Ini dapat saya pastikan dengan keluarnya titisan susu yang perlahan dan sangat sedikit. Bila susu tidak lagi memancut sebagaimana waktu let-down reflex terjadi, barulah saya berhenti pam. Berdasarkan pengetahuan yang saya kumpul, saya sedar apabila payu dara kosong, rangsangan untuk hasilkan lebih banyak susu akan lebih berkesan."

Cabaran ibu berkerjaya

Selain daripada itu, Nor'Ain melakukan amalan menyusu Nazmi dan mengepam pada waktu yang sama. Jelasnya, "Sebelah Nazmi menyusu, sebelah lagi saya pam. Lagipun, saya jarang pam tanpa Nazmi ada bersama untuk menyusu badan. Kalau dia memang kenyang barulah saya double pumping bersendirian. Bagi saya, tiada perangsang yang lebih baik melainkan bayi itu sendiri."

Nor'Ain bercadang mahu menyusukan putera kesayangannya itu sehingga mencecah usia dua tahun atau semaksimum yang mungkin. Tambahnya lagi, "Masa menyusukan Hannah dulu saya ambil cuti khas menyusukan anak selama tiga bulan selepas habis cuti berpantang. Malangnya bila tiba giliran Nazmi, saya tidak dapat bercuti lama kerana kepentingan tugas. Kekurangan nisbah doktor berbanding pesakit di jabatan saya bertugas menyukarkan permohonan cuti saya diluluskan."


"Komited, Rahsia Berjaya" - September 2008

Selepas habis cuti berpantang, dugaan pertama yang perlu ditempuh Nor'Ain ialah dia tidak dapat memohon cuti khas menyusukan anak kerana desakan tugas yang memerlukan dia mengutamakan para pesakit. Biar pun begitu, Nor'Ain redha kerana dia yakin mampu mengumpul stok perahan susu ibu untuk Nazmi sepanjang ketiadaannya di sisi.

Bimbangkan Nazmi tidak cukup susu kalau ada panggilan on call, kes kecemasan ataupun bertugas lebih masa, saya tekad untuk kumpul susu perahan sebanyak mungkin. Malah, sekarang ini pun, saya tidak sempat pam sewaktu bertugas kerana kesibukan kerja terutamanya bila berhadapan dengan pesakit yang ramai di klinik. Ada ketikanya, saya terpaksa pam selepas pulang bekerja iaitu dalam jam 5 ke atas.

Untuk mengelakkan masalah kekurangan susu, saya akan pam sebelum masuk kerja. Saya pernah bangun jam 3 atau 4 pagi semata-mata untuk pam. Saya tahu, keheningan pagi adalah masa yang sesuai untuk mengumpul susu sebab waktu itu susu paling banyak dihasilkan. Sekali pam saya berjaya dapat dua hingga tiga botol dalam masa 30 hingga 45 minit tetapi kalau saya pam dan menyusukan Nazmi sekali gus, saya boleh dapat sehingga tiga setengah botol dalam masa kurang 30 minit.

Habis waktu kerja, saya akan pam dan menyusukan Nazmi pada waktu yang sama. Selepas itu, saya akan buat rutin seperti yang saya lakukan masa berpantang dulu. Saya akan pam setiap dua hingga tiga jam.

Namun, rutin biasa yang diamalkan oleh Nor'Ain mula berubah setelah dia berjaya melanjutkan pengajiannya dalam ijazah sarjana perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Sekarang, saya bekerja sambil belajar dan pada masa yang sama masih menyusukan Nazmi sepenuhnya. Memang mencabar sebab sekarang rutin perahan ditukar ke waktu petang sebelum balik ke rumah, kira-kira pukul 4 petang atau setibanya saya di rumah, dalam pukul 6 petang ke atas. Alhamdulillah, hyperstimulation yang saya lakukan sejak Nazmi berumur sebulan masih berkesan sehingga ke hari ini. Jadi, saya masih berupaya menggantikan semula susu yang telah Nazmi minum sepanjang ketiadaan saya di rumah."

Bagaimanapun, Nor'Ain tidak menggalakkan ibu-ibu lain untuk mengikuti rutin yang diamalkannya ini. Hal ini katanya, akan memudahkan susu ibu berkurangan akibat tiada lagi kekerapan penyusuan terus.

Pernah kecewa

Sebelum berjaya memenuhi impian, cabaran pasti terlepas daripada pandangan. Dalam usaha untuk menyusukan anak-anaknya banyak cabaran yang perlu Nor'Ain tempuh. Namun, semuanya dilalui dengan tabah asalkan matlamat utamanya mencapai kejayaan.

"Dahulu Hannah cuma sempat menyusu secara eksklusif selama lima bulan sahaja. Walau bagaimanapun, dia terus menyusu badan selama dua tahun. Dalam kebanyakan masa dia memang menyusu badan. Selepas habis bercuti, saya hantar Hannah ke taska dan kemudiannya ke rumah pengasuh. Waktu itu, stok susu perahan tidak banyak. Jadi, Hannah terpaksa menyusu berselang-seli dengan susu formula. Memang kecewa sangat.

"Stok susu kurang sebab saya hanya pam enam kali sahaja dalam sehari. Seoptimumnya lapan kali. Lagi pun masa itu saya belum tahu tip yang memerlukan saya menyusu terus dan pam minimum lapan kali sehari. Selain itu, aspek pengasuh kurang mahir untuk berikan susu perahan pada Hannah menambahkan lagi kekecewaan saya. Saya sedih bila dia menganggap Hannah menolak susu perahan yang diberi dalam botol. Namun keadaan sebaliknya berlaku bila saya sendiri yang berikan susu perahan pada Hannah."

Biarpun ketika itu, Nor'Ain begitu kecewa kerana Hannah terpaksa diberi susu formula, dia sebenarnya rela dalam paksa. Menurut Nor'Ain, sejak saat itu dia mula menanam hasrat untuk memastikan stok susu perahannya mencukupi untuk adik-adik Hannah yang seterusnya. Dan kini, inilah hasilnya. Dia berjaya merangsang penghasilan susu badannya bagi membolehkan adik Hannah, Nazmi menyusu susu ibu walaupun Nor'Ain kini sibuk bekerja sambil belajar.

Sehingga kini, Nor'Ain masih berjaya mengumpul stok susu yang banyak iaitu 255 botol! Dahulu stok susu perahannya perlu disimpan di dalam tiga peti ais berasingan tetapi kini kesemuanya ditempatkan di dalam sebuah peti ais berbentuk laci.

"Sekarang, Nazmi sudah satu tahun dua bulan. Walaupun sibuk, saya seboleh-bolehnya akan memastikan Nazmi dapat menyusu sepenuhnya sehingga minimum dua tahun kerana tiada apa yang lebih membahagiakan selain daripada kesihatan anak yang baik dan terjaga. Buat masa ini stok susu saya cukup untuk masa enam bulan seterusnya. Apa yang harus saya lakukan sekarang ialah terus memastikan susu yang telah diminum diganti semula supaya bekalan ini cukup untuk memenuhi keperluannya."

Penulis tertanya-tanya mengapa Nor'Ain tidak menambah stok perahannya melebihi 250 botol lalu dijawab, "Sejujurnya, saya boleh menyimpan lebih daripada apa yang saya ada sekarang tetapi faktor pembaziran ruang, wang dan susu yang tidak berkualiti. Aspek ini harus saya fikirkan. Oleh kerana keburukan melebihi kebaikan maka saya tidak berhasrat menyimpan lebih daripada jumlah yang ada sekarang."


Tahniah She!

Tahniah kepada She! Wah.... dapat jugak baby girl yg diimpi-impikan..... Nampaknya Danish dah ada adik baru la.... Complete la hidup ada anak boy and girl.... Tahniah!

Baby cute ni dinamakan Mia Danisha Bt Hairul Afindi, lahir pada 23 June 2009 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1430H. Dan atas kebenaran She, aku upload pic anak dia yang cute miut ni.....

Mia Danisha

Alahai.... Tidur pun mulut nganga.... apapun, tahniah She!

Pentingnya Susu Awal Ibu (Colostrums)

Colostrums adalah susu awal ibu. Colosrum terdapat pada susu ibu seawal 3-5 hari pertama selepas bayi dilahirkan. Ia bewarna kuning, berlemak, da sangat kaya dengan protein dan antibodi. Susu awal ibu merujuk kepada:

  • Rendah kandungan lemak
  • Kaya kandungan protein
  • Tinggi karbohidrat
  • Kaya dengan vitamin K
  • Mudah untuk dicernakan

Amat penting untuk memulakan penyusuan kepada bayi sejurus selepas bersalin supaya bayi anda menerima faedah-faedah yang terkandung di dalam susu awal ibu. Susu awal ibu mempunyai jumlah yang terhad tetapi sangat bernilai di dalam setiap kandungan susu ibu tersebut. Ia sangat penting bagi bayi diberi susu tersebut dengan kerap supaya bayi mendapat banyak khasiat daripada cecair susu bewarna kekuningan dan berkrim ini sebelum digantikan dengan susu matang.

Susu awal ibu ini juga kerap dirujuk sebagai “cecair emas” (liquid gold) merujuk kepada ciri-cirinya yang sangat baik. Ianya bukan sahaja menyediakan nutrient yang sempurna untuk bayi yang baru lahir, tetapi juga mengandungi jumlah sel-sel hidup yang banyak dimana ia mampu memberikan sistem imunisasi yang sangat baik daripada benda dijangkiti pelbagai penyakit kepada bayi.

Kebaikan-kebaikan Susu Awal Ibu (Colostrums) termasuklah:-

  • Colostrums adalah bahan semulajadi dimana ianya 100% sebagai vaksin yang selamat. Tahap kandungan imunisasi yang terkandung di dalam colostrums adalah sangat tinggi berbanding dengan susu matang.
  • Ia merembeskan antibodi yang dipanggil immunoglobulin A (IgA). Sebelum bayi lahir, plasenta akan memberikan bayi anda dengan antibodi yang dipanggil IgG tetapi sekarang bayi memerlukan antibodi baru bagi bayi menerima perlindungan daripada kuman-kuman luar.
  • Ia memainkan peranan utama dalam saluran pencernaan bayi.
  • Colostrums juga berfungsi sebagai ‘membersih’ iaitu dengan melonggarkan meconium atau bahan likat bewarna hitam yang terdapat di dalam usus. Lebihan bilirubin dibuang daripada sistem itu dan dengan itu ia mampu menghalang jaundis.
  • Colostrums juga mengandungi leucocytes iaitu sel-sel putih yang memberi perlindungan kepada bayi dan mampu melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.

Susu matang pula mempunyai lebih rendah kandungan antibodi tetapi ia lebih tinggi dalam jumlah isipadu. Dengan pemberian susu ibu, bayi mampu melawan pelbagai penyakit.

Daripada artikel ini, maka penyusuan susu ibu terutama pada awal kelahiran bayi amat penting untuk bayi dan ibu. Adalah lebih baik jika mampu memberi penyusuan penuh kepada bayi sehingga bayi berumur dua tahun. Selain bayi mendapat faedah-faedah serta nutrisi yang baik daripada susu ibu, ia mampu memberikan imunisasi yang sangat baik kepada bayi.

Memandangkan terlalu banyak penyakit yang timbul akhir-akhir ini, wajarlah penyusuan ibu secara ekslusive diberi perhatian. Namun mungkin terdapat beberapa kesukaran kepada ibu-ibu bekerjaya mejayakan penyusuan penuh kepada bayi, walaubagaimanapun terdapat beberapa cara yang boleh menjayakannya. Sebagai seorang muslim, sentiasalah berdoa agar niat murni ini dipermudahkan serta disusuli dengan usaha untuk menjayakannya. InsyaAllah berjaya.

A Beautiful Princess Inside My Belly!

19hb June 2009 pukul 3 ptg, aku pi VISION COLLEGE buat 3D ultrasound. Sj suka-suka buat ultrasound 3D. Mulanya nk buat di An-Nur Bangi nun... tp, ada pilihan lain yg lebih murah di VISION COLLEGE. Jd, aku cuba sajalah.... lgpun tujuan buat 3D ni pun lebih kpd physical's look.

okla, kpd sapa2 yang minat nk buat 3d ultrasound kat VISION COLLEGE ni, harganya cuma RM60.00 + CD. Mungkin boleh bagi alternatif pada sapa-sapa yang xmampu buat di klinik-klinik biasa yang biasanya mencecah RM180.00 ke atas skali scan ultrasound 3d ni. Alamat dan contact no adalah seperti berikut dibawah. Jangan lupa buat appoinment dulu sebelum datang.

VISION COLLEGE,
Lot 709-a,
6th Floor, Block E,
Kelana Park View Tower,
Jalan SS6/2, Kelana Jaya,
Petaling Jaya.
Tel: 03-7803 8300

Ok, kat sini aku share gambar yg discan ms di kolej ni... Ada beberapa org kawan yg xmahu menunjukkan hasil scan diaorg pd aku. Hehe... aku tak kisah pasal aku bkn artis utk berahsia soal ni.... Dan hasil scan aku pulak, diaorg xsabar nk tgk.... lg satu, ada jg yg bg alasan kata klinik tu xbg scan picture/video & hanya akn bg lps bersalin.... hehe, kalo xnk bg tgk pun, ckp je xnk tunjuk... kan senang. I'll never ask for 2nd time. hehe..... its a life.

Pada aku, aku lebih nk share ttg soal kualiti scan yg dihasilkan oleh VISION COLEGE walaupun sbnrnya hampir sama sj dgn klinik lain. Just give u all an alternative place to do with low cost budget. Dan pd sudut positif lain, lbh kpd harapan org lain akan sll mendoakan kesihatan & sebagainya pd baby ni.... Aminnnn....

The result is.... she is a girl! I really love it....

uhmmm.... agak sukar nk capture face dia memandangkan dia aktif waktu tu.....

Agak-agaknya ikut muka siapa la ek?
She got a beautiful lips....



video yg diambil waktu dia senyap sekejap....

Ok, hopefully kpd sume pembaca-pembaca, doakan yg terbaik buat kami. Doakan dia menjadi anak yg solehah, cerdik/pandai dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga berkat perkongsian ni m'jd satu yg lbh baik dan berkat utk kami sekeluarga. Amin ya Rabbal Alaminnn.....

Jangkitan Fungus Semasa Hamil

Jangkitan fungus/yis semasa hamil adalah biasa tetapi ianya bukan boleh diambil ringan. Jangkitan fungus lazimnya disebabkan oleh satu organisma yang dipanggil Candida Albicans. Faktor utama kekerapan jangkitan ini semasa hamil adalah disebabkan tingginya paras estrogen semasa kehamilan. Sebab-sebab lain fungus ini membiak adalah kencing manis, wanita yang mengambil pil hormon atau pil perancang serta streroid, pengambilan antibiotik serta lain-lain.

Candida Albicans Dalam bentuk yis.

Candidiasis atau jangkitan yis lazimnya yang menyerang vagina pada wanita hamil. Ia berkembang dengan baik jika kandungan gula yang tinggi terdapat dalam lapisan sel-sel vagina semasa hamil. Yis akan tumbuh dengan baik pada persekitaran yang manis. Perubahan yang biasa semasa hamil ialah penurunan kandungan acid di kawasan vagina dan menyebabkan peningkatan kandungan gula pada sel dinding faraj.

Lazimnya candida albicans merupakan satu sel kulat dimana bila ianya di dalam keadaan normal ianya tidak merbahaya. Sebab-sebab seperti kehamilan, kencing manis, rawatan antibiotik dan sebagainya menyebabkan candida membiak dan bertukar menjadi sel-sel yis.

Kesan daripada gabungan hormon progesteron dan estrogen menyebabkan vagina merembeskan lebih mukus daripada sebelumnya. Pelepasan ini dinamalan leucorrhea dimana kuantiti ini agak banyak ketika hamil. Pelesapan ini merembeskan cecair-cecair faraj dan servik, sel-sel lama dibuang daripada dinding vagina dan begitu juga kulat yang normal serta bakteria.

Candida Albicans yang menembusi sel hidup

Anda akan dapati peningkatan cairan ini sekitar minggu ke 18 atau lebih awal. Rembesannya sepatutnya jernih, warna putih susu dan tidak berbau. Ia tidak harus berasa miang atau gatal serta menyebabkan kesakitan. Fungsinya adalah untuk mengekalkan kelembapan pada vagina serta kandungannya yang berasid mempunyai daya tahan jangkitan.

Ianya dipanggil normal jika :

Cecair putih yang nipis, melekit menyerupai cecair yang keluar sebelum datang haid dikenali sebagai leucorrhea dan ianya dikira normal semasa hamil. Perbezaannya adalah kuantitinya yang banyak dan kadangkala anda memerlukan pantiliner. Walaupun ia membuatkan anda tidak selesa tetapi ianya bukan satu masalah besar.

Ianya dipanggil tidak normal jika :

Walaubagaimanapun, jika terdapat kegatalan atau kesakitan, bau yang kurang menyenangkan, kemerahan, bengkak dan perubahan pada warna cecair tersebut anda dinasihatkan berjumpa doktor. Anda harus berhati-hati kerana kebarangkalian wanita hamil terkena jangkitan vaginitis adalah sepuluh kali ganda daripada wanita tidak hamil. Vaginitis tidak memberi sebarang kesakitan kepada bayi tetapi ianya perlu dirawat. Terdapat 3 jenis vaginitis iaitu :-

  1. Trichomoniasis
  2. Moniliasis
  3. Bacterial vaginosis

Moniliasis atau jangkitan yis merupakan yang jangkitan paling biasa pada ibu-ibu hamil. Mungkin juga jangkitan daripada candida albicans iaitu kulat di dalam vagina anda yang menyebabkan kekuningan seperti keju, rasa kepanasan dan gatal serta bau yang kurang menyenangkan. Dan jika ianya tidak dirawat, jangkitan mungkin boleh merebak kepada bayi anda.

Symptoms biasa jangkitan fungus semasa hamil

  • Rasa gatal yang teruk, kepanasan dan lapisan putih yang berupa keju.
  • Bengkak, kemerahan di dalam atau dibibir faraj.
  • Bau yang agak masam dan kurang menyenangkan.
  • Sakit ketika melakukan hubungan kelamin.
  • Sakit ketika kencing.
  • Rasa kepanasan pada bahagian sulit dan menyebabkan rasa sukar tidur.
  • Sesetengah wanita tidak mengalami apa-apa simptom langsung.

Apa yang perlu dilakukan?

Ingatlah bahawa membiarkan atau tidak mempedulikan tidak akan membuatkan jangkitan ini pergi. Jadi ambillah tindakan berikut :-

  • Jangan merawat sendiri. Pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan pencegahan yang berkesan.
  • Jangan mengesat tuala dari belakang dubur ke arah vagina dikhuatiri akan menyebarkan bakteria ke vagina.
  • Elakkan juga memakan benda-benda yang manis yang boleh meningkatkan pembiakan yis.
  • Makan yougurt untuk mengimbangi bakteria baik di dalam vagina.
  • Kekalkan kering dan bersih pada kawasan vagina.
  • Pakai pantiliner dan kerap menukarnya dan pantiliner tersebut mestilah yang tidak berbau wangi.
  • Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada 100% kapas dan elakkan memaikai kain dari nilon serta elakkan memakai seluar ketat.
  • Elakkan memakai sabun dan wangian pada vagina.
  • Jangan menggunakan apa-apa cucian berbentuk semburan ke vagina.
  • Elakkan menggunakan tampon semasa hamil kerana ia meningkatkan risiko jangkitan vagina.
  • Elakkan menggunakan kertas tandas yang wangi.
  • Elakkan meletakkan bedak serbuk pada vagina kerana ia kebenyakannya adalah kanji dan ianya boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Elak mengambil antibiotik
  • Dalam pemakanan, banyakkan minum air untuk menyah toksin di dalam badan. Elakkan makanan manis serta tenusu.


Selamatkah Air Kosong Pada Bayi

Tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo! pada 26 Mei 2008 yang lepas mengenai pemberian air kosong pada bayi bawah 6 bulan. Berikut adalah petikan tersebut :-


----------------------------------------------

KESIHATAN

Keracunan air

Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.

MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.

ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.

Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

----------------------------------------------

Apa tindakan kita dengan artikel ni ya? Adakah pembantu rumah atau nurseri mengambil kisah hal ini? Pada pendapat aku, jika kita ingin anak kita menyusu penuh dengan susu ibu, bekalkan bekalan susu ibu yang cukup kepada nurseri.

Aku amatlah menyokong penyusuan penuh susu ibu kepada bayi memandangkan banyak kebaikan yang terdapat di dalam susu ibu berbanding susu formula. Jadi, dengan pembekalan susu ibu yang cukup kepada nurseri, InsyaAllah tidak ada masalah dalam pemberian air kosong kepada bayi serta tidak ada masalah bancuhan susu formula yang cair kepada bayi.

Selamatkah kegunaan Plastik untuk Bayi?

Zaman sekarang, penggunaan plastik amat meluas digunakan oleh kebanyakan negara maju. Persoalannya adakah plastik selamat digunakan terutamanya pada bayi? Memandangkan terlalu banyak barangan bayi yang berplastik contohnya botol susu, barang mainan dan sebagainya, apakah tindakan ibu bapa terhadap masalah dan persoalan ini?

Kandungan kimia yang biasa terdapat di dalam plastik ialah Bisphenol A atau BPA dimana kebanyakan negara maju lain telah mula mengharamkan penggunaan BPA di dalam bekas simpanan makanan, botol minuman, botol susu bayi, barang mainan bayi dan sebagainya.

Apakah itu BPA?

BPA adalah singkatan daripada Bisphenol A diamana ia adalah satu bahan kimia dalam perindustrian plastik.


Bagaimana BPA digunakan?


Bisphenol A (BPA) adalah blok binaan kimia yang digunakan terutamanya bagi menjadikan polikarbonat plastik dan epoksi. Plastik polikarbonat adalah ringan, mempunyai keliatan yang tinggi, mempunyai rintangan haba yang tinggi, kejelasan optik dan ia mempunyai rintangan haba yang tinggi. Disebabkan sifat-sifat ini, maka polikarbonat dipergunakan secara meluas di dalam kebanyakan produk.

Apakah Kesan penggunaan BPA pada manusia?

Kajian terbaru mengenai BPA mengatakan bahawa BPA tidak selamat digunakan untuk bekas simpanan makanan atau minuman serta ianya tidak selamat untuk kegunaan kanak-kanak bawah 3 tahun.


Pelbagai pihak yang mengkomersialkan botol-botol bayi memutuskan untuk berhenti menggunakan Bisfenol A (BPA) dalam produk-produk mereka. NY COUNTY juga memutuskan untuk mengharamkan botol-botol bayi serta cawan untuk bayi yang dibuat dengan bisfenol A.

Kajian BPA terhadap binatang

Berikut adalah sedikit sebanyak kesan penggunaan BPA terhadap tikus-tikus yang diuji di makmal.

  1. Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari menyebabkan berlaku perubahan yang tetap untuk saluran genital (kajian 2005)
  2. Dos sebanyak 0.025 µg/kg/hari juga menyebabkan perubahan pada tisu payudara yang menyebabkan sel-sel untuk hormon-hormon dan karsinogen. (kajian 2005)
  3. Dos sebanyak 2 µg/kg/hari meningkatkan kadar kenser prostate sebanyak 30%. (kajian 1997)
  4. Dos sebanyak 2 µg/kg/hari juga menyebabkan pengurangan berat badan. (kajian 2002)
  5. Dos sebanyak 2.4 µg/kg/hari menyebabkan penurunan dalam testosteron. (kajian 2004)
  6. Dos sebanyak 2.5 µg/kg/hari boleh mendatangkan sel-sel kanser pada payudara. (kajian 2007)
  7. Dos sebanyak 10 µg/kg/hari menyebabkan sel-sel prostat lebih sensitif kepada hormon dan mendatangkan kanser. (kajian 2006)
  8. Dos sebanyak 10 µg/kg/hari

Cara mencegah BPA terus kepada bayi dan anda.

Caranya mudah. Elak menggunakan plastik yang mengandungi BPA. Carilah barangan plastik yang digunakan untuk menyimpan air, makanan, botol susu, mainan kanak-kanak terutama bayi yang tidak mengandungi BPA (BPA-free). Kebanyakan botol susu bayi sekarang sudah di labelkan BPA-free dan pastikan ianya bukan tiruan!

Walaupun harga agak mahal sedikit daripada plastik berBPA, tetapi bukankah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati?

Maternity Toothpaste

Sebenarnya aku tak tahu apa fungsi utama ubat gigi PUREEN maternity ni. Pada hemat aku, kalau dah dikhaskan untuk ibu-ibu mengandung, mesti ada kebaikan disebaliknya. Jadi aku main belasah je beli.

Apa yang diiklankan oleh pek ubat gigi ini adalah NO FLORIDE, NO SODIUM LAURYL SULFATE dan NO SACCHARIN dan ianya baik untuk wanita hamil. Serta mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.


Setelah guna, baru aku terfikir untuk mencari kebaikan daripada penggunaan ubat gigi ini. Maka, jawapannya adalah seperti berikut:-

Kenapa tidak kepada fluorida?

Menelan florida yg berlebihan boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam.

Kajian terkini oleh Universitty of South Florida menunjukkan pengambilan florida semasa hamil berhubungkait dengan ketidakupayaan pembelajaran sebanyak 1% setiap tahun di kalangan kanak-kanak. Mengikut US National Research Council, florida berupaya mengganggu fungsi otak.

Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus.

Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.

Kenapa tidak kepada lauril sulfat?

Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.

Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oelh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.

Kenapa tidak kepada Sakarin?

Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.

Ubat gigi ini juga mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.

Apa kelebihan Kalsium dan fosfat?

Kalsium dan fosfat merupakan ion yang penting untuk pemineral enamel untuk mengekalkan gigi yang kuat dan mencegah kerosakan gigi. Dwi kalsium fosfat dihidrat juga berfungsi membersihkan dan memutihkan gigi.

Apa kelebihan Xylitol?

Xylitol merupakan sejenis pemanis semulajadi yang terkandung dalam serat buah-buahan dan sayuran termasuk buah beri, kulit bijirin (Contohnya gandum, barli, jagung, ot) dan cendawan.

Xylitol mencegah kerosakan gigi dengan :-

  1. Mengurangkan ‘Streptococci mutans’ dalam air liur dan plak.
  2. Meransang rembesan air liur yang meningkatkan pH plak dan meneutralkan asid yang terhasil daripada penapaian karbohidrat dalam diet kita. Air liur juga mengandungi mineral seperti kalsium dan fosfat.
Apa kelebihan Sodium Lauroyl Sarcosinate?

Sodium Lauroyl Sarcosinate merencatkan enzim yang menguraikan gula menjadi asid. Ia juga merencat pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nafas berbau.

16 weeks (27-Mar-09)

uwaaahhh...... dah nampak macam seorang manusia kecil.....


Ni aku scan masa kat Poliklinik Seri Kembangan. Patutlah perut aku ni rasa kuat ditendangnya.... rupanya dah memang besar. Sekarang makin kuat rasa tendangannya....

Subhanallah....

12 weeks (28-Feb-09)

Inilah gambar baby dalam perut waktu 12 weeks.... dah ada kaki tangan. Waktu scan, dia sangat aktif bergerak.....


Memang indah ciptaan Tuhan...... Subhanallah!

Concrete Mixture

CONCRETE

MIX FOR VARIOUS USES

Based on 50kg cement :


Material required per cubic metre of mixed concrete :


Example : Material Breakdown mixing concrete on site (By hand) :

Cost per m3 Concrete (1:1.5:3)

  • Material cost
  • 1m3 Cement (28 bags) = RM13.50 x 28 bag = RM378.00
  • 1 1/2 m3 Sand = RM27.00 x 1.50 m3 = RM40.50
  • 3m3 aggregate = RM60 x 3 m3 = RM180.00
  • Total = RM598.50
  • Add : 50% for shrinkage, wastage = RM299.25
  • Total Material cost for 5.5 m3 = RM897.75
  • Total Material cost for 1 m3 = RM163.23

  • Labour Cost
  • Mixing 1m3 = 1.5 hours x (RM40.00 / 8 hours) = RM7.50
  • Placing 1m3 = 5 hours x (RM40.00 / 8 hours) = RM25.00
  • Total labour cost per m3 = RM32.50

  • Cost for concrete per m3 for (1:1.5:3) concrete = RM163.23 + RM32.50 = RM195.73

Breakdown Bolt & Nut

Saja je aku nak letak breakdown untuk bolt & nut. Kebetulan semalam ada member tanya berapa price sebijik bolt, sebab dia terkejut sebijik bolt beratnya lebih 1 kilogram dan harga puluhan ringgit untuk sebiji bolt. Apapun, berbalik kepada kegunaan bolt tersebut dan memanglah wujud bolt yang sebesar gajah tu. Kebetulan pulak, memang aku tengah buat projek yang menggunakan banyak bolt & nut. Jadi, cepat-cepat lah aku tuntut ilmu dari senior aku masa tender dulu.

Ni contoh bolt & nut yang berbentuk 'U'. Untuk yang lurus, pengiraannya juga sama.

Contoh description :

Supply, delivery, fabricate, setting out, fixed in position and install black bolts embedded into concrete as described:-

  1. M25 x 1460mm (max) long High Tensile U-shaped bolt with nuts and washer (No.)


Breakdown :
  • ----> M25 unit weight (kg/m) adalah sama dengan Rebar Y25 = 3.854 kg/m
  • ----> Panjang bolt seperti yang dinyatakan dalam BQ/drawing ialah 1460mm long.
  • ----> Harga untuk 1 kg bolt & nut termasuk labour & profit ialah + - RM8.00 (Harga sila check pasaran semasa)

  • ----> 1.46 m long x 3.854 x RM8.00 = RM45.01/bolt

Amalan Al-Quran Ketika Mengandung

Ketika wanita sedang mengandung maka ia perlu mengerjakan sesuatu yang dipertintahkan oleh Allah S.W.T. Ia harus memahami akan hakikat kehidupan manusia, agar menjadikan seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Proses kejadian manusia banyak diterangkan di dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T. :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ
ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَاماً فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقاً آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari tanah. Kemudian kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan ditempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah. Pencipta yang paling baik" (Al-mukminun : 12-14)


Antara amalan yang baik dilakukan ketika mengandung ialah :

  • Banyak bertaubat
  • Menutup aurat
  • Banyak membaca ayat suci Al-Quran
  • Membaca doa

Ayat suci Al-Quran yang baik dibaca ketika mengandung ialah :

  • Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Membaca Surah Yassin
  • Membaca Surah At-Taubah
  • Membaca Surah Yusuf (Agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna)
  • Membaca Surah Luqman (Agar memperolehi anak yang taat)
  • Membaca Surah Maryam (Agar memperolehi anak yang sabar dan taat)
  • Membaca Surah An-Nahl ayat 78 :

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ
وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur"

(An-Nahl : 78)

  • Membaca Surah Al-A'raf ayat 189 :

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفاً فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

"Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami terraasuk orang-orang yang bersyukur"

(Al-A'raf : 189)

40 Minggu Kehamilan

Update Info : 26th March 2011

Trimester Pertama


Minggu ke-0

Minggu ini adalah minggu darah haid turun. Pengakhiran minggu ini bermulanya episod sebuah kehidupan jika telur dapat disenyawakan pada waktu subur nanti.

Minggu ke-1

Minggu ini adalah minggu menunggu dan akan memulakan proses pertama bayi. Anda mungkin akan melayari internet mengenai info mengenai waktu subur dan pelbagai maklumat ‘bagaimana untuk hamil’.

Apa yang berlaku pada anda?
Minggu ini dikira sebagai minggu menungggu untuk waktu subur. Hari pertama kehamilan biasanya dikira seawal hari terakhir haid. Sebelum hamil, uterus akan menebal menandakan ia bersedia untuk hamil. Biasanya berat uterus yang menebal mencecah 1100 gram berbanding uterus sebelum menebal hanya 70 gram.

Pengambilan nutrisi anda – Nutrien Penting Untuk Wanita Dan Lelaki

  • Vitamin A - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Sperma yang sihat]
  • Vitamin B - [Perempuan - Mencegah kecacatan saraf dalam fetus] [Lelaki - Meningkatkan hormon lelaki]
  • Vitamin C - [Perempuan - Untung pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]
  • Zink - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]
  • Lain-lain mineral - [Perempuan - Mieningkatkan kesihatan (magnesium), Menyahtoksid badan (Selanium), Mengimbangi gula dalam darah (kronium)] [Lelaki - Miningkatkan kuantiti sperma (magnesium), meningkatkan kesuburan (selenium)]
  • Asid Amino - [Perempuan - Membina dan membaiki sel-sel tisu] [Lelaki - Sperma yang sihat dan menambahkan bilangannya]

Minggu ke-2

Secara rasminya, anda masih bukan dipanggil wanita hamil pada minggu ini. Lapisan uterus pula terus menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan. Apabila telur disenyawakan ianya akan tertanam di dalam uterus. Lain-lain perubahan waktu itu mungkin anda mendapati cecair dari servik anda sedikit bertambah dan agak berlendir dan kental seperti putih telur. Ini menunjukkan waktu subur anda bermula.

Minggu ke-3

Jika pusingan haid anda agak lewat berbanding purata haid 28 hari, minggu ini juga berkemungkinan untuk proses mengovulasi. Bagaimanapun, jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum. Berikut adalah apa yang akan berlaku didalam uterus anda jika telur anda berjaya disenyawakan:

  • 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma dan telur bersatu.
  • Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari tiub fallopian menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus sebelum ianya melekat dan mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk selama 9 bulan akan datang.
  • Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi. Kadang-kadang sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak hamil. Yang membezakannya adalah darahnya sedikit sahaja berbanding darah haid biasa.

Minggu ke-4


Minggu ini anda boleh mengesan samada anda hamil atau sebaliknya. Pada pertengahan atau pengakhiran minggu ini, anda boleh menggunakan ujian kehamilan sendiri dirumah yang boleh dibeli di farmasi. (Itupun jika kitaran haid anda 28 hari tetap).

Jika ujian menunjukkan anda positif, bermakna bayi anda telah dua minggu menjalani proses pembesaran. Saiz bayi anda kini antara 0.36 dan 1mm panjang. Lapisan sel ektoderma akan berevolusi menjadi sistem saraf bayi (termasuk otak bayi). Lapisan endoderma pula akan menjadi saluran pencernaan, hati, pankreas dan tiroid manakala lapisan mesoderma akan menjadi rangka, tisu perantara, sistem darah, sistem urogenital dan otot-otot bayi. Minggu ini juga tali pusat bayi akan terbentuk dan ia berfungsi sebagai laluan masuk makanan, oksigen serta sistem pembuangan sisa untuk bayi hidup di dalam rahim.

Minggu ke-5

Minggu ini adalah minggu untuk anda memikirkan soal kewujudan bayi di dalam perut anda yang tidak boleh di pandang remeh. Anda seharusnya menyesuaikan diri dengan persediaan menerima ‘orang baru’ di dalam hidup anda. Ini termasuklah perubahan dari segi gaya hidup serta pemakanan. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.

Kini bayi anda berukuran 1.25mm panjang atau secara kasarnya ia sebesar satu biji benih epal. (bukan sebiji epal). Penghujung minggu ini bayi anda akan mula membina system-sistem organ utama bayi. Walaupun miniscule, badan bayi anda adalah kompleks pada peringkat ini.

Minggu ke-6

Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan dan sebagainya bermula saat ini sehingga bayi anda dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta gaya hidup anda.

Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan dating, lebih daripada 100 bilion neurons akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang.

Apa yang berlaku pada anda?
Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh merasakan sedikit perbezaan pada saiz pelvik ketika ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada enam minggu
Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium, asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah sembelit. Makanan yang membantu perkembangan bayi adalah:-

  • Roti, beras, pasta dan bijirin – Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.
  • Buah-buahan – 3-4 hidangan sehari
  • Sayur-sayuran – 4 hidangan sehari
  • Daging dan sumber protein yang lain – 2-3 hidangan sehari
  • Produk tenusu – 3-4 hidangan sehari
  • Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori – 2-3 hidangan sehari

Minggu ke-7

Masa ini anda akan mula merasa simptom-simptom ganjil awal kehamilan seperti loya, pedih ulu hati, kerap membuang air kecil, mendambakan makanan atau kesemuanya mengikut nasib. Mungkin sesetengah orang yang nasibnya baik, hanya mengalami sedikit daripada symptom ini serta tidak teruk dan ada pula mereka yang benar-benar serius.

Kepala bayi anda kini adalah anggota yang paling besar berbanding badan bayi. Ini menunjukkan otak bayi membangun dengan pesat berbanding anggota lain. Hati juga sudah terbentuk. Usus bayi juga mula terbentuk tetapi masih belum sempurna di dalam badan bayi sebaliknya masih membojol keluar di tali pusat. Bayi kini berukuran 4mm hingga 5mm panjang.

Minggu ke-8

Jika dihitung, anda sudah berada 20% perjalanan tempoh kehamilan sebelum melahirkan bayi anda! Anda mungkin cuba untuk fahami kesengsaraan dan kesakitan-kesakitan sekitar awal kehamilan. Gejala kehamilan ini adalah normal berikutan peningkatan hormon dalam badan. Walaubagaimanapun melalui pembacaan, anda akan fahami mengapa ia berlaku dan cara mengatasinya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Kini, kira-kira sudah 36 hari tempoh perkembangan janin terbentuk menjadi bentuk manusia. Bayi kini mula menyerupai seorang bayi yang baru lahir. Otot-otot muka juga mula terbentuk. Kelopak mata juga sudah mula timbul serta otot-otot mata juga terbentuk. Saraf yang menghubungkan hidung dengan otak juga mula membentuk. Di jantung bayi, injap mula terbina. Badan bayi juga mula memanjang dan lurus. Siku juga mula kelihatan serta tangan dan kakinya mula memanjang. Hujung minggu ini bayi anda berukuran kira-kira 11mm panjang – hanya kurang separuh satu inci.

Apa yang berlaku pada anda?

Sekarang rahim adalah sebesar buah anggur. Pada masa ini, rahim bukanlah satu-satunya bahagian tubuh anda yang telah berubah, malah payudara juga mula membesar. Mungkin sudah waktunya untuk mula membeli pakaian baru. Sesetengah wanita mungkin mula merasa kontraksi selama kehamilan. Tetapi jangan bimbang jika tidak merasakan hal ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada minggu ke lapan

Produk susu penting semasa hamil kerana ia mengandungi kalsium dan juga vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Kalsium membantu menjaga tulang dan bayi memerlukannya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Sepanjang hamil badan memerlukan paling sedikit 1200mg hingga 1500mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan 3-4 gelas susu. Kalsium juga membantu mencegah tekanan darah tinggi.

Selain itu tubuh menyimpan kalsium pada akhir kehamilan untuk menyusu bayi. Susu, yoghurt, keju dan ais krim merupakan sumber kalsium yang baik. Makanan yang lain termasuk brokoli, bayam, ikan salmon, ikan sardin, kacang buncis, biji-bijan seperti almond dan tauhu. Beberapa makanan sekarang diperkaya kalsium seperti roti, bijirin dan biji-bijian. Semak pada lebel makanan untuk mengetahui kandungan kalsium tersebut. Ada beberapa makanan yang boleh mengganggu penyerapan kalsium seperti teh dan kopi. Elakkan makanan serta minuman berkafien supaya bukan sahaja kalsium tetapi sumber nutrisi lain juga dapat diserap dengan baik.


Minggu ke-9

Di trimester pertama, keguguran selalu terjadi pada mana-mana janin yang tidak tumbuh secara sempurna atau dengan kata lain – cacat. Dikatakan 80% janin cacat akan gugur.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran lebih sedikit dari satu inci panjang. Anggaran kasarnya sebesar sebiji anggur. Tangan dan kaki bayi kini lebih panjang. Kepala dan tengkuk juga membesar. Kini kelopak mata sudah meliputi mata. Cuping telinga juga kelihatan sempurna bentuknya. Bayi kini membuat beberapa pergerakan dan ini dapat dilihat melalui ujian ultrasound.

Bayi kini kelihatan seperti satu manusia walaupun masih sangat kecil. Walaupun berbentuk manusia tetapi adalah mustahil untuk melihat jantinanya pada waktu ini kerana ianya terlalu kecil.

Apa yang berlaku pada anda?

Rahim berkembang menyebabkan pinggang agak mengetat. Payudara pula mungkin terasa lebih besar dan mempunyai pembuluh darah kebiruan di bawah kulit. Hal ini disebabkan bekalan darah meningkat sekitar payudara.

Apa yang bermain di fikiran ibu?

Adalah penting bagi ibu-ibu mencari sendiri info-info tentang kehamilan dan cuba memahami situasi yang berlaku tentang kehamilan, kelahiran dan bayi. Tidak ada yang salah tentang ini, selain semakin banyak yang anda tahu tentang kehamilan dan lebih bersedia akan untuk perubahan yang akan terungkap dan mempengaruhi kehidupan ibu. Pengetahuan juga akan membuat fikiran anda tenang tentang banyak hal yang tidak diketahui dan yang baru bagi anda. Kehamilan adalah satu saat yang harus dinikmati dan ianya adalah perkara yang asing daripada sebelum menjadi ibu.


Minggu ke-10

Sekarang anda telah berjaya ke suku pertama bagi kehamilan anda. Dengan berakhirnya minggu ke sepuluh maka berakhirnya tempoh embrio dan bermulannya tempoh janin pula. Kecacatan kongenital kebanyakan berlaku sebelum hujung minggu 10. Tempoh kritikal bayi adalah bergantung kepada anda. Sepanjang tempoh janin, beberapa kecacatan boleh berlaku. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengambil tindakan bagi mengurangkan stress dan sinaran radioaktif.

Tiub-tiub di dalam paru-paru bayi anda sedang lengkap terbentuk manakala usus-ususnya telah berpindah dari tali pusat kepada rongga abdomen bayi. Tunas rasa bayi juga mula terbina dan jika bayi anda seorang perempuan, ovarinya mula turun ke pinggul. Bayi anda masih sangat ringan panjangnya kira-kira 1½ ke 1¾ inci dan beratnya hanya 5 gram.

Minggu ke-11

Berat dan panjang bayi adalah berbeza mengikut bayi dan kehamilan. Anda telah mula merasakan perut anda buncit. Kadang-kadang anda mungkin merasa beremosi walaupun dengan perkara yang remeh. Kadang-kadang mungkin merasa sangat gembira dan kadang-kadang boleh merubah kepada sedih dengan tiba-tiba.

Bayi anda kini berukuran 1¾ - 2½ inci (4.4-6 cm) panjang dengan beratnya kira-kira 8 gram. Bayi anda kini dianggarkan sebesar sebiji buah limau nipis. Pertumbuhan janin pada ketika ini sangat pesat. Kepala terbentuk hampir setengah dari panjang bayi. Kuku-kuku jari juga mula kelihatan. Genitalia luar bayi juga mula terbentuk dan dalam 3 minggu lagi organ seks bayi akan siap. Dan jika keguguran berlaku pada ketika ini, jantina bayi mungkin boleh dilihat.

Minggu ke-12

Jika anda mengalami mabuk hamil sejak beberapa minggu lepas, anda mungkin boleh mengharapkan perubahan setelah berakhirnya minggu ini. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mabuk hamil tidak lagi mengganggu anda sehingga bayi dilahirkan.

Bayi anda kini berukuran 2½ inci (6cm) panjang dan beratnya pula ¼ satu auns. Sejumlah kecil rerambut mula tumbuh pada badan bayi anda. Kuku pada jari tangan dan jari kaki mula tumbuh dan tunas-tunas gigi kekal pertama bayi juga mula terbentuk. Sistem penghadaman bayi juga kini berfungsi menghasilkan pengecutan menolak makanan ke usus-usus. Sistem saraf bayi juga masih di dalam peringkat awal untuk matang. Pundi amnion juga mengandungi lebih kurang 1½ auns bendalir dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia boleh mencapai 3 – 4 biji cawan bendalir. Doktor juga mampu mengesan denyutan jantung bayi melalui satu alat dipanggil doppler. Bayi kini aktif bergerak di dalam perut anda tetapi anda masih belum dapat merasainya.


Trimester Kedua


Minggu ke-13

Tahniah! Anda telah memasuki trimester ke-dua dimana pada mereka yang mengalami morning sickness mula berkurangan.

Pertumbuhan bayi pula sangat cepat ketika ini. Panjang bayi telah berganda daripada panjangnya di usia 7 minggu. Ianya berukuran lebih kurang 2½ hingga 3 inci panjang dan beratnya pula mencapai 13-20 gram dan secara kasarnya besarnya sebiji buah peach. Satu perubahan yang menarik adalah kepala bayi sama besar dengan badannya. Ini menunjukkan pertumbuhan otak bayi amat pesat waktu ini. Pada minggu ke-21 nanti, kepala bayi satu per tiga daripada badannya dan apabila lahir kelak kepala bayi satu per empat daripada badannya. Wajah bayi ketika ini hampir menyamai seorang manusia sekarang dimana matanya sudah mula membentuk dan wajahnya mula terbentuk. Genitalia luar pula membentuk dan ketika ini bayi boleh dibezakan samada lelaki atau perempuan. Peti suara bayi juga mula terhasil ketika ini. Tangan bayi juga mula membentuk struktur dimana 27 ketul tulang disatukan menjadi bentuk tangan. Bagitu juga dengan kaki bayi dan juga jari-jemari mula membentuk termasuk tumit bayi.


Minggu ke-14

Kini anda mula merasa bertenaga daripada minggu-minggu di trimester pertama. Trimester kedua adalah masa yang amat santai dan merasa lapang menikmati kehidupan kehamilan anda. Semoga rasa loya dan keletihan yang dilalui semasa trimester pertama menjadi satu kenangan dan inilah masa anda seronok menikmati kehamilan anda.

Di trimester pertama fokus adalah lebih kepada pertumbuhan kepada sistem-sistem badan janin yang pelbagai dan trimester kedua lebih memberi fokus kepada pertumbuhan janin. Proses pembentukan bayi akan menjadi lebih aktif pada ketika ini. Dalam satu bulan ini, bayi anda akan menggandakan panjangnya dan menggandakan sehingga empat kali ganda berat badannya. Telinga bayi telah berpindah daripada bahagian leher ke bahagian kepalanya. Matanya juga beransur-ansur berpindah kedudukannya daripada bahagian sebelah kepala ke bahagian hadapan muka bayi. Leher bayi mula panjang dari asalnya dan dagunya tidak lagi menyentuh dada. Seksual bayi juga berkembang. Ia menjadi lebih ketara bagi menceritakan samada bayi tersebut bayi lelaki atau perempuan.

Saiz bayi kini sebesar penumbuk anda pada kira-kira 4 inci atau 9cm panjang manakala beratnya pula mencecah 25 gram. Ada alat-alat khas yang boleh mendengarkan jantung bayi anda.


Minggu ke-15

Sekarang perut anda sudah mulai membuncit dan akan kelihatan seperti ibu-ibu hamil lain. Mungkin anda juga merasa kurang selesa dengan perubahan tersebut.

Bayi kini berukuran 4½ inci panjang dan beratnya pula kurang 2 auns. Kulit bayi ketika ini lutsinar dan ditutup dengan rambut lembut yang dipanggil lanugo. Bayi anda bergerak aktif tetapi anda masih belum merasai pergerakan tersebut sehingga beberapa minggu lagi. Pada masa ini bayi anda mungkin menhisap jarinya!

Matanya masih lagi dalam proses pergerakan ke bahagian tengah muka yang masih luas jaraknya. Cuping telinga mula membentuk dengan pesat. Tulang-tulang juga mula terbentuk. Jika satu sinar X dibuat, rangka bayi anda boleh kelihatan. Bayi anda akan menyamai rupa manusia dalam beberapa hari ini.


Minggu ke-16

Kini anda mungkin mula serius mencari pakaian hamil di pusat membeli-belah. Ketika ini juga adalah masa untuk anda membezakan pergerakan bayi ataupun angin di dalam perut anda. Anda juga mungkin tertanya-tanya tentang perubahan kulit dan rambut anda yang mengalami sedikit perubahan.

Bayi anda sedang berenag di dalam satu kolam kecil cecair amnion (Kira-kira satu cawan bendalir yang telah terkumpul pada peringkat ini). Bendalir ini memainkan satu peranan penting dalam pembentukan bayi anda iaitu untuk system pulmonari. Cecair amnion itu membolehkan bayi anda menghirup utero memasuki paru-paru bayi. Bendalir tersebut memberi perlindungan untuk bayi sebagai antiseptic untuk menyekat pertumbuhan bacteria. Oleh itu bayi dapat dilindungi sebelum ia dilahirkan. Tali pusat bayi terlekap di bahagian bawah badan bayi. Kakinya lebih panjang daripada tangan dan ini boleh dilihat di mesen pengimbas (ultrasound). Sesetengah wanita dapat merasakan pergerakan bayi pada ketika ini tetapi mungkin agak keliru dengan rasa angin dalam badan. Panjang bayi kini mencapai 11.5cm manakala beratnya 80gram.


Minggu ke-17

Sekarang anda sudah berada pada pertengahan trimester kedua. Anda mungkin mencari beberapa maklumat yang berkaitan dengan kehamilan seperti kaki kejang dan sebagainya. Ini adalah satu proses biasa semasa kehamilan. Anda juga mungkin merasakan sesak nafas dan sembelit dalam beberapa tempoh masa ini.

Bayi anda kini berukuran 11-12cm panjang dan beratnya mencecah 100gram. Anggaran besarnya sebesar tapak tangan. Lemak atau tisu adipos mula membentuk dalam permulaan minggu ini dan hingga ke beberapa hari berikutnya. Lemak adalah penting untuk pengeluaran haba dan metabolisme. Air dalam badan bayi kini sebanyak 89 gram. Jika bayi anda adalah bayi perempuan, tiub fallopian sedang terbentuk. Jika sesetengah daripada ibu hamil masih belum merasa pergerakan bayi, anda akan merasainya tidak lama lagi. Pergerakan ini mungkin tidak dirasai setiap hari tetapi semakin hari anda akan merasa kekerapan pergerakan tersebut.


Minggu ke-18

Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.


Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.

Pengambilan nutrisi anda.
Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.

Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.

Minggu ke-19

Anda mungkin telah biasa dengan perubahan bentuk tubuh badan baru. Namun mungkin ada yang merasa bimbang jika perut anda terlanggar dengan apa-apa objek sementara anda belajar untuk mengimbanginya. Jangan bimbang dengan bayi anda di dalam tubuh anda kerana ianya dilindungi terhadap perlanggaran atau lebam-lebam.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran kira-kira 6 inci atau 15cm panjang dan berat kira-kira 200 gram. Pada peringkat ini, kalenjar minyak sedang mengeluarkan verniks iaitu satu lapisan putih yang mengelilingi badan bayi sebelum ia dilahirkan.


Video 19 weeks yang diambil dari YouTube

Apa yang berlaku pada anda?
Tambahan berat badan anda pada masa ini antara 3.6 – 6.3kg. Daripada berat ini, hanya 200 gram sahaja berat bayi anda. Selebihnya adalah plasenta kira-kira 170 gram, pundit amnion kira-kira 320 gram, berat uterus kira-kira 320 gram, berat buah dada anda lebih kurang 180 gram setiap satu. Selainnya adalah pertambahan darah di dalam badan anda. Jantung anda pula sedang bekerja dua kali ganda mengikut keperluan darah yang sedang meningkat. Uterus dan kulit anda memerlukan dua kali ganda darah daripada sebelum anda hamil dan keperluan untuk buah pinggang pula sekitar 25 peratus.

Pengambilan nutrisi anda – Penggunaan herba semasa kehamilan.
Mungkin sebelum ini anda pernah menggunakan herba-herba dan botanicals, pil-pil atau serbuk untuk merawat penyakit. Kini setelah anda hamil, langkah yang bijak ialah meninggalkan kesemua herba-herba tersebut tanpa nasihat doctor. Mungkin daripada anda percaya bahawa herba-herba adalah selamat dan oleh itu anda terus menggunakannya tetapi ia boleh mendatangkan bahaya pengambilan semasa hamil. Bebarapa herba boleh mengganggu usus-usus serta bayi. Oleh itu setiap pengambilan herba mestilah mendapat nasihat doctor terlebih dahulu.


Minggu ke-20

Tahniah! Anda telah memasuki separuh masa kehamilan! Keseluruhan kehamilan adalah 40 minggu. Kehamilan anda kini tidak boleh disorok lagi. Malah anda mungkin mendapat perhatian daripada orang awam jika anda ke bank, naik LRT atau sebagainya kerana mereka akan memberi laluan kepada wanita mengandung. Itupun jika mereka mempunyai perasaan sedemikian.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai panjang hampir 16cm dan beratnya pula dalam 260gram. Kulit pada badan bayi mulai tumbuh kepada dua lapisan epidermis dan dermis. Epidermis adalah lapisan kulit luar manakala dermis adalah lapisan kulit yang lebih dalam. Verniks pula memberi perlindungan pada bayi daripada cecair amnion dimana bayi anda akan berada disitu untuk beberapa bulan lagi. Rerambut pula akan mula tumbuh sekitar minggu 12-14 dan ianya tumbuh daripada epidermis. Rambut yang mula tumbuh adalah sekitar atas bibir dan kening bayi. Rerambut ini ada digantikan dengan rambut yang lebih tebal iaitu follicles yang baru. Bayi anda kini mampu membuat beberapa pergerakan dan mula menggengam tangannya, membuat geselan dan pelbagai pergerakan yang masih belum dapat dikawal oleh otaknya.

Apa yang berlaku pada anda?
Dibahagian abdomen anda mungkin terdapat garis gelap ‘linea nigra’ diantara pusat ke bahagian pubis anda. Ia biasanya memanjang keatas ekoran daripada pembesaran uterus anda. Garisan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormone dan akan hilang selepas bersalin nanti. Perkembangan uterus anda menjadi tidak sekata pada waktu ini dan biasanya akan lebih nalar selepas minggu ke-20.

Pengambilan nutrisi anda – Pemanis buatan
Ada sesetengah wanita mengamalkan diet dengan mengambil pemanis buatan. Aspartame dan saccharin adalah pemanis buatan yang biasa digunakan di dalam makanan atau minuman.

Aspartame adalah kombinasi phenylalanine dan aspartic acid, kedua-duanya adalah asid amino. Kandungan itu mungkin boleh mengganggu keselamatan kandungan. Anda perlu bijak menggantikan makanan yang tidak mengandungi pemanis. Hadkan semua pemanis tiruan.

Saccarin pula tidak digunakan secara meluas sebelum ini. Bagaimanapun sesetengah makanan atau minuman mengandungi saccarin. Penggunaannya semasa kehamilan adalah tidak begitu selamat dan jalan yang terbaik adalah mengelak semua pemanis buatan.


Minggu ke-21

Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang.

Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.

Apa yang berlaku pada anda?
Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.

Pengambilan nutrisi anda – Mengidam
Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkahsiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan.

Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.


Minggu ke-22

Sebagaimana perut anda mengembang, fikiran anda juga tidak lari daripada memikirkan insiden-insiden seperti terjatuh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam setiap pergerakan anda sebelum sesuatu insiden buruk berlaku.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 350 gram dan panjangnya pula lebih kurang 7 inci panjang iaitu 19cm. Bayi terus berkembang. Kelopak mata dan keningnya membentuk dan kukunya juga dapat dilihat. Cecair amnion bertukar setiap hari di dalam badan atau sebenarnya tiga kali cecair tersebut ditukar setiap jam. Bayi anda akan menelan cecair amnion dan menyerap masuk ke dalam badan dan diserap keluar melalui tali pusat dan dan plasenta. Selebihnya bayi membuang air kecil ke dalam cecair amnion tersebut. Bayi menggunakan cecair amnion tersebut sebagai ‘air mandiannya’ dan sebagai minumannya. Sementara nutrisi diperolehi daripada cecair amnion tersebut, sebahagian besar nutrisi datang daripada plesenta.

Apa yang berlaku pada anda?
Proses pembesaran perut anda tidak menyukarkan anda ketika ini. Anda dapat duduk, berjalan dan membongkok tanpa rasa janggal. Minumlah lebih banyak air sepanjang kehamilan ini kerana ia dapat membantu badan anda yang memerlukan lebih cecair bagi membantu pengedaran darah. Jika anda melihat air kencing anda jernih, bermakna anda cukup minum air dan jika sebaliknya, minumlah air dengan lebih banyak lagi. Jika anda hendak tidur, berbaring secara latar akan membuatkan anda rasa pening disebabkan oleh berat uterus kepada arteri anda dan ia boleh menyebakan BP anda menurun. Bagi mengelakkannya, berbaringlah dengan cara mengiring ke kiri atau kanan dan gunakan kaedah mengiring ini ketika melakukan senaman di atas lantai. Elakkan berbaring secara mendatar atai meniarap semasa hamil.

Pengambilan nutrisi anda – Minum Air
Air sangat penting semasa hamil. Jangan mengabaikan kerana hakikatnya air membantu badan anda memproses nutrisi, membina sel-sel baru, menaikkan isipadu darah dan mengawal suhu badan. Kajian menunjukkan bahawa setiap 15 kalori dalam badan kita terbakar, badan memerlukan 1 sudu tambahan air. Untuk 2000 kalori yang terbakar, tubuh memerlukan lebih kurang 2 liter air. Peningkatan keperluan anda pada masa ini menjadikan anda memerlukan lebih banyak air.

Enam atau lapan gelas cawan sehari adalah baik untuk tubuh ketika ini tetapi ia tidak termasuk minuman ringan. Susu, jus sayuran serta buah-buahan dan juga teh herba adalah pilihan lain selair air kosong. Teh, kopi dan minuman bergas tidak dikira dan seharusnya anda perlu elak daripada minum minuman seperti itu. Natrium dan kafien di dalam kandungan minuman tersebut bersifat diuratik.

Air kencing anda adalah satu barometer yang bagus untuk memeriksa pengambilan air anda. Jika ia bewarna kuning yang lembut ke jernih, ia menunjukkan anda mengambil air yang mencukupi. Jika ia bewarna kuning tua, anda perlu menambahkan pengambilan air. Usah tunggu anda dahaga baru minum kerana pada waktu itu anda telah pun kehilangan 1% cecair dalam badan. Sebaiknya anda sentiasa minum sepanjang hari.


Minggu ke-23

Anda kini dapat merasakan pergerakan bayi dengan lebih jelas lagi berbanding sebelum ini. Kadang-kadang fokus anda terhadapat pertumbuhan bayi anda membuatkan anda lupa sebentar kepada kerja harian anda. Maklumlah, pertumbuhan bayi adalah sesuatu yang indah untuk dinikmati dan difahami.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini berat bayi anda menjangkaui 455 gram dan kira-kira 8 inci panjang atau 20cm. Bayi anda kini seperti saiz anak patung kecil. Mata bayi lebih besar dan berbenjol pada peringkat ini. Ini kerana otot di sekitar muka belum lagi diisi dengan cukup. Bayi sedang mula menambahkan berat badannya serta otot mukanya. Apa yang mengangumkan adalah walaupun anda telah melalui separuh masa kehamilan, bayi masih lagi seberat 1 paun.

Apa yang berlaku pada anda?
Doktor akan memantau tambahan berat badan anda serta pertumbuhan janin setiap kali lawatan ke klinik. Setiap wanita mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza antara wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Apa yang penting, setiap pertumbuhan dapat dilihat secara terus menerus mengikut waktunya. Ini termasuklah perubahan saiz bayi, cecair amnion, plasenta dan lain-lain. Anda mungkin akan mengalami sakit belakang, regangan di perut akibat otot-otot uterus yang mengembang semasa kehamilan. Ia adalah normal dan banyakkan berehat.

Pengambilan nutrisi anda –


Minggu ke-24

Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 540 gram dan lebih kurang 8½ inci panjang atau 21cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.

Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.


Minggu ke-25

Kehamilan kadanga-kadang meletihkan, kadang-kadang mungkin kita mengeluh tetapi sesuatu yang pasti ia tidak akan menjemukan! Kerana selalu terdapat sesuatu yang baru untuk dipelajari, merasai dan mengalaminya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda sekarang meningkatkan kemahiran pernafasannya iaitu menarik dan menghembuskan cecair amnion. Latihan pernafasan ini hanya berjalan semasa bayi tidur dan tidak sepanjang saat-satnya berjaga. Kajian ada menunjukkan fetus menarik dan menghembus nafasnya sepanjang tidur.

Berat bayi kini kira-kira 700 gram dan panjangnya 9 inci iaitu kira-kira 22cm. Jika bayi dilahirkan sekarang, bayi anda mempunyai peluang untuk hidup. Dengan kaedah perubatan kini seperti alat bantuan udara, monitor dan ubat-ubatan bayi anda mampu untuk terus hidup. Tetapi disebabkan ianya lahir dangat kecil dan ringan kira-kira 2 paun, ia tidak boleh keluar daripada inkubator sehingga berbulan-bulan lamanya bagi mengelak sebarang jangkitan dan sebarang masalah lain.

Apa yang berlaku pada anda?
Keadaan fizikal anda sudah menunjukkan bahawa anda hamil dan tidak dapat disembunyikan lagi. Pada ketika ini uterus anda sudah sebesar bola sepak. Kadang-kadang merasa kebas dan kekejangan pada tangan dan kaki. Ini adalah kerana peningkatan cecair dalam badan anda dan memberi tekanan pada sistem saraf. Tidak perlu bimbang kerana ini bukanlah masalah yang serius. Ia akan hilang setelah melahirkan bayi nanti dan kadar cairan dalam badan akan berada pada tahap normal semula.

Pengambilan nutrisi anda – Makanan Seimbang
Keperluan makanan haruslah seimbang dengan makanan yang kita makan. Peringkat kehamilan ini memerlukan dos vitamin harian yang mencukupi. Sesetangah wanita memerlukan suppliment tambahan seperti hamil pada awal remaja yang badannya tidak cukup kuat untuk hamil, wanita yang kurang berat badan, wanita yang mempunyai satu diet yang kurang bagus sebelum hamil, wanita yang hamil kembar, vegetarian, mempunyai tabiat makan yang buruk, mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu, mereka yang tidak suka minum susu dan sebagainya sepatutnya mengambil supplimet bagi membantu penambahan keperluan kehamilan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa vitamin tambahan. Jangan mengambil mana-mana ubatan tambahan tanpa nasihat doktor. Gantikan sumber mineral dan vitamin yang diperlukan badan dengan mengambil makanan berzat.


Minggu ke-26

Pusat anda sedikit terjojol, mood anda pula selalu berubah-ubah dan tekanan waktu kehamilan adalah satu perubahan yang biasa sewaktu hamil.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini mempunyai satu lapisan lemak khas yang bertindak seperti satu penebat haba dan akan melindungi bayi dari kesejukan apabila lahir kelak. Lemak ini dikenali sebagai ‘brown fat” kerana warna seperti ini dilihat di kawasan tengkuk, buah pinggang dan belakang tulang dada bayi. Ia adalah satu jenis lemak yang istimewa yang mampu melindungi bayi dan mengekalkan bayi dalam kepanasan dan ia dijumpai dalam bayi-bayi yang baru lahir.

Berat bayi kini adalah sekitar 2 paun atau 900 gram manakala panjangnya pula adalah 9¼ inci dimana lebih kurang 23cm.

Apa yang berlaku pada anda?
Perut anda akan membesar hampir setengah inci iaitu 1cm setiap minggu mulai sekarang. Dengan diet yang sihat, tambahan berat anda pula sekitar 7.2kg sehingga 9.9kg. Kini perut anda sudah lebih besar. Anda juga mengalami sakit belakang, kekejangan pada kaki dan sakit kepada. Anda telah melalui dua per tiga masa hamil anda dan akan mengakhiri semester kedua ini. Jika sblm ini pusat anda seperti biasa, tetapi sekarang ia mulai terkeluar tetapi apabila sudah melahirkan bayi kelak, keadaan pusat menjadi seperti biasa tetapi akan mendapati ianya sedikit meregang dan kurang kenyal berbanding sblm kehamilan.

Pengambilan nutrisi anda – Makan Ikan
Memakan ikan bagus terutamanya waktu hamil. Ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan pelbagai jenis ikan akan melahirkan bayi yang sihat dan lebih berat. Keadaan ini adalah bagus kerana bayi yang mempunyai panjang yang lebih di dalam rahim, akan lebih sihat dan kuat apabila dilahirkan nanti. Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam ikan memainkan peranan yang penting terutama mengurangkan kadar kelahiran pra-matang. Ia juga menghasilkan satu hormon yang membantu menghalang darah tinggi yang biasa berlaku pada wanita hamil. Ikan adalah pilihan yang tepat dalam pengambilan protein kerana ia selamat, rendah lemak dan tinggi vitamin B, zat besi, zink dan selenium. Makan dalam jumlah yang banyak juga tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan.


Minggu ke-27

Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu.

Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm.


Minggu ke-28

Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat.

Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi.


Minggu ke-29

Anda kini sudah berada ¾ masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu sebelum anda bertemu bayi anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan bayi. Bunyi-bunyian seperti itu boleh mendodoi bayi untuk tidur kerana bunyian itu sudah biasa baginya. Bayi anda juga dapat mendengar suara anda dan suara-suara ahli keluarga lain.


Minggu ke-30

Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelhiaran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.


Minggu ke-31

Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di dalam dakapan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat. Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini.

Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hudup di luar rahim. Bayi berlatih dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.6kg dan panjangnya 18 inci bersamaan dengan 40cm.


Minggu ke-32

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan yang terbaik buat bayi dalam kandungan anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda tidur dan terjaga dalam masa yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, anda merasakan sukar untuk mengetahui samada bayi anda tidur atau jaga kerana ianya sangat aktif sepanjang masa.

Minggu ini bayi sudahpun seberat 1.8kg dan panjangnya pula menjangkaui 18.9 inci iaitu 42cm.


Minggu ke-33

Kehamilan adalah sesuatu perubahan besar dalam hidup wanita. Selain dari tekanan fizikal seperti keletihan, loya, perubahan saiz dan bentuk badan, anda akan merasa kebimbangan dalam melahirkan bayi, membesarkan bayi dan sebagainya. Walaubagaimanapun tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Carilah masa untuk bersantai dan jika anda takut untuk menghadapi kelahiran, jangan baca kisah-kisah kelahiran orang lain yang menyakitkan. Anggap ia sesuatu yang indah apabila anda akan mendakap bayi yang anda impikan kelak.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 2kg dan panjangnya pula 19 inci bersamaan 43cm. Walaupun warna mata bayi anda tidak berapa kelihatan pada awal kehamilannya nanti tetapi warna iris sudah mula kelihatan ketika ini.


Minggu ke-34

Masa ini ada perlu membuat keputusan samada bayi anda akan menyusu penuh dengan susu ibu dan sebagainya. Jika anda ingin memberi bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, carilah ‘breast-pump’ yang berkualiti memerah susu dengan baik. Ianya mungkin memerlukan anda berkorban sedikit wang untuk membeli ‘breast-pump’ yang berkualiti.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Dengan satu lapisan lemak putih di bawah kulit bayi anda, bayi anda tidak lagi kelihatan kemerah-merahan. Jari jemari bayi sudah agak panjang tetapi kuku tidak sepenuhnya tumbuh. Bayi anda kini mempunyai berat 2.25kg dan panjangnya pula ialah 19.8 inci bersamaan dengan 44cm.


Minggu ke-35

Minggu ini anda boleh mula mencari nama untuk bayi anda. Pilihlah nama yang baik-baik dan indah maknanya untuk bayi lelaki dan perempuan (anggap anda tidak pasti dengan jantina bayi anda walaupun anda sudah melihatnya pada mesin pengimbas – ultrasound)

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Berat bayi anda kini 2.5kg dan lebih kurang 45cm panjang. Kini anda sudah berupaya melihat pergerakan bayi pada perut anda. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Kurang daripada 5% menghadapi masalah punggung bayi ke bawah atau kakinya kebawah. Doktor menggalakkan kedudukan kepala ke bawah adalah cara yang paling selamat melahirkan bayi jika tidak bayi mungkin menghadapi sedikit masalah dan perlukan rawatan kecemasan.


Minggu ke-36

Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Bulan ini berat bayi akan meningkat sekitar 25% sahaja. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Berat dan panjang ini adalah purata berat dan panjang bayi. Sesetengah bayi mungkin lebih kecil dan ada yang lebih besar.

Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.


Minggu ke-37

Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Berat bayi anda kini 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm.

Jika anda memilih untuk menyusukan, anda akan menjadi tambahan ke atas pada kekebalan selepas kelahiran. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. Para doktor akan menasihatkan bahawa anda telah bayi anda melalikan permulaan pada umur dua bulan. Bayi anda menimbang hampir 6.5lb (3kg) dan adalah berkenaan 21in (47cm) lama.


Minggu ke-38

Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang bermain-main difikiran anda.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.






Bersambung..............

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme