Kaitan Kaffien Dalam Kehamilan

Apa itu kaffien?


Kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa kaffien sebenarnya adalah dadah seperti nikotin dan alkohol. Ia boleh menyebabkan ketagihan dimana kita akan merasa terlalu menginginkan kopi untuk diminum. Kaffien juga dikenali sebagai guareine dan mateine dimana ia dijumpai daripada sumber semulajadi daripada tumbuhan, kekacang dan bijian. Kaffien bertindak seperti meransang sistem saraf di dalam badan kita dan ianya boleh menyerap ke dalam saluran darah dalam hanya 15 minit selepas pengambilan kaffien. Apabila ianya diserap dalam kuantiti yang banyak, kaffien boleh menyebabkan reaksi fizikal yang kurang baik.

Dimana Kaffien dijumpai?

Kebanyakan kaffien terdapat didalam kopi dan teh. Ia juga dijumpai didalam beberapa jenis makanan termasuk:

  1. Coke
  2. Minuman Coklat
  3. Coklat
  4. Sesetengah kekacang.

Kaffien juga dijumpai didalam sesetengah ubat-ubatan.

Apakah kesan pengambilan Kaffien?

Jika anda merasakan seperti kepeningan selepas meminum terlalu banyak teh atau kopi, ia adalah kesan daripada kaffien didalam minuman tersebut. Kaffien boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan pada badan termasuklah :
  1. Menaikkan kadar denyupan jantung
  2. Menaikkan darah tinggi
  3. Menyebabkan kencing manis.

Kaffien boleh menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan dan bertindak sebagai diuratik. Ini bermakna ia boleh menyebabkan kehilangan air dalam badan dimana ia akan menghilangkan kelembapan didalam badan dan keletihan. Jika badan anda menyerap lebih banyak kaffien, ia mungkin menyebabkan “caffeine overdose” dimana ia mendatangkan simptom seperti muntah-muntah, sakit kepala dan masalah pernafasan.

Kesan kaffien terhadap bayi yang dikandung.

Kaffien boleh menyebabkan permasalahan semasa kehamilan. Penganalisa membahaskan tentang berapa banyak kaffein yang dibolehkan semasa hamil dan kuantiti yang akan menyebabkan kesan fizikal kepada bayi didalam kandungan. Ini adalah kerana kaffien boleh menembusi plasenta dan menyerap masuk ke dalam bayi. Badan orang dewasa mampu menggagalkan fungsi kaffien dengan agak cepat melalui proses kimia yang terdapat di dalam badan tetapi tidak pada bayi di dalam kandungan. Ini bermakna kaffien akan tersimpan didalam darah bayi tersebut untuk tempoh yang agak lama dan akan menyebabkan bahaya pada bayi jika level kaffien tinggi.

Kaffien juga mendatangkan kesan lain pada kesihatan bayi di dalam kandungan. Ia didapati akan menaikkan kadar degupan jantung bayi dan mungkin mengganggu pergerakan bayi di dalam kandungan. Disebabkan sifat kaffien adalah duratik, ia juga akan mengganggu nutrisi bayi yang diterima daripada ibunya. Pengambilan kaffien boleh menyebabkan badan kurang menyerap zat besi dan kalsium daripada makanan dan mendatangkan bahaya untuk keseluruhan perkembangan fetus.

Kaffien dan Keguguran

Kajian terbaru hanya fokus kepada kesan pengambilan kopi semasa kehamilan. Kajian terhadap lebih 80,000 perempuan hamil terhadap penghambilan kopi didalam menu makanan mereka menunjukkan perempuan yang mengambil banyak kopi sewaktu mengandung berpeluang untuk gugur. Perempuan yang meminum 2 gelas kopi sehari boleh meningkatkan risiko keguguran dan perempuan yang minum 8 cawan atau lebih kopi sehari akan meningkatkan lebih 59% risiko keguguran. Ianya sangat penting untuk anda mengetahui jumlah pengambilan kaffien anda dalam menu seharian semasa hamil.

Yang menariknya kajian ini hanya menunjukkan kopi sahaja yang berisiko besar terhadap keguguran manakala lain-lain pemakanan tidak menunjukkan risiko yang sama tetapi penganalisa-pengalisa tersebut percaya bahawa ubat-ubatan yang mengandungi kaffein juga memainkan peranan yang sama iaitu risiko yang tinggi terhadap keguguran.

Jumlah kaffein yang merbahaya

Kebanyakan doktor akan menasihatkan supaya menghentikan pengambilan kaffien di dalam diet kehamilan anda. Tetapi kebanyakan wanita hamil merasa sukar untuk mengamalkan diet tanpa kaffien kerana kebanyakan makanan paling tidak mengandungi sedikit kandungan kaffien. Jika anda merasa sukar untuk membuang kaffien di dalam diet kehamilan anda, pengambilan yang sedikit tidak akan mengganggu kesihatan bayi di dalam kandungan. Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk mengetahui bahawa kaffien adalah bahaya untuk bayi di dalam kandungan terutama di dalam kuantiti yang banyak. Oleh sebab itu ambillah langkah untuk mengurangkan pengambilan kaffien di dalam diet kehamilan anda.

Pendarahan ketika mengandung

Apa punca pendarahan semasa mengandung?

Pendarahan vagina semasa mengandung mempunyai banyak sebab. Ada yang serius dan ada yg sebaliknya. Bagi yang kali pertama melalui pengalaman seperti ini mungkin merasakan ia kejadian yang mengerikan. Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan semasa mengandung biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan dan ada juga yang berterusan sehingga ke kelahiran bayi. Sebaiknya, jika berlaku pendarahan semasa mengandung, lebih baik terus berjumpa doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapi.

Pendarahan pada Trimester Pertama

Kebanyakan wanita mengalami pendarahan yang sedikit semasa 12 minggu pertama mengandung. Biasanya punca pendarahan vagina semasa awal mengandung adalah :-

1. Implantasi (Implantation)

Pendarahan vagina yang berlaku pada waktu ini adalah sangat sedikit dan berlaku pada masa yang sangat awal sekitar 10 – 14 hari selepas proses persenyawaan. “Pendarahan Implantasi” ini berlaku apabila telur mula tertanam di dalam uterus. Pendarahan berlaku sangat awal dan hanya tompokan kecil serta berwarna pudar daripada period yang normal dan pendarahan ini berlaku tidak lama. Sesetengah perempuan menganggapnya adalah period biasa dan tidak sedar yang mereka telah pun mengandung.

2. Perubahan Servik. (Cervical Change)

Semasa mengandung, darah banyak mengalir ke bahagian servik. Biasanya akan terjadi pendarahan jika pelvik disentuh seperti melakukan hubungan kelamin atau pemeriksaan pelvik.

3. Keguguran (Miscarriage)

Hanya lebih 15% kebarangkalian kandungan akan berakhir dengan kuguguran berpandukan kajian daripada American College of Obstetricians and Gynecologists. Berhati-hatilah kerana pendarahan vagina biasanya adalah amaran kepada keguguran tetapi pendarahan bukanlah bermaksud anda gugur. Ingat, kebanyakan wanita yang mengalami masalah pendarahan semasa hamil masih berjaya melahirkan bayi dengan sihat dan bukan semuanya berakhir dengan keguguran.

4. Kandungan diluar rahim (Ectopic Pregnency)


Kadangkala embrio tidak mamasuki uterus dan menyebabkan kandungan berada diluar rahim dimana embrio membesar di dalam tiub fallopio. Ini dipanggil kandungan diluar rahim dan keadaan ini membuatkan embrio tidak boleh hidup. Tanpa rawatan, kandungan diluar rahim ini boleh membahayakan nyawa ibu dimana darah akan mengalir keluar dan akan menyebabkan si ibu kekurangan darah. Kandungan diluar rahim boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bawah perut dan sekitar rahim dan itu adalah tanda anda mengalami masalah tersebut.

5. Kandungan Anggur (Molar Pregnency)

Di dalam kandungan molar yang lengkap, tiada bayi wujud melainkan hanya tisu molar saja. Kebiasaannya, pendarahan yang teruk adalah sintom kepada kandungan anggur/molar. Ia biasanya dikesan pada awal tiga bulan pertama. Ianya juga boleh menyebabkan penderahan teruk dan banyak.

6. Jangkitan Kuman

Kadangkala, jangkitan kuman juga boleh menyebabkan pendarahan diawal waktu kehamilan.

Bila harus berjumpa doktor?

Semasa trimester pertama, jika terdapat pendarahan kecil yang berlaku tidak lebih dari satu hari, beritahu doktor ketika berjumpa pada pertemuan selanjutnya. Jika anda mengalami pendarahan vagina lebih dari satu hari, segeralah berjumpa dengan doktor. Beritahu doktor tersebut tentang perkara berikut:-

  1. Memberitahu berapa banyak pendarahan yang telah dialami.
  2. Memberitahu berapa jumlah pendarahan yang berlaku disamping menceritakan samada sakit dibawah perut, kejang, deman atau kesejukan.
  3. Menunjukkan cairan yang keluar dari vagina (jika diminta)

Apa yang dilakukan oleh doktor?


Kebiasaannya doktor akan bertanya tentang pendarahan dan melakukan pemeriksaan termasuk pemeriksaan terhadap servik. Berpandukan tahap sintom yang diberitahu anda, doktor mungkin akan melakukan ujian makmal seperti ultrasound untuk mengesahkan bayi anda berada dalam keadaan yang selamat.

Selalunya, pendarahan vagina pada trimester pertama tidak memerlukan rawatan khusus. Biasanya doktor hanya akan mengesyorkan untuk anda berehat, tidak melakukan aktiviti lasak, tidak banyak berjalan, tidak mengangkat benda yang berat sehinggalah tiada berlaku lagi pendarahan. Anda mungkin diberikan ubat untuk menguatkan rahim anda jika keadaan servik dan bayi anda masih berada di dalam keadaan yang stabil. Jika anda mengalami jangkitan pada servik pula, anda mungkin diberikan antibiotik.

Jika doktor anda mengesahkan anda keguguran, anda mungkin diberi pilihan untuk membiarkan proses keguguran tersebut secara natural atau mempercepatkan proses tersebut dengan rawatan atau pembedahan kecil seperti Dilation and Curettage (D & C). Semasa prosedur ini dilakukan, doktor akan melebarkan servik anda dan akan menyedut tisu-tisu keluar dari uterus. Alat seperti besi panjang yang hujungnya lengkok juga akan digunakan selepas proses penyedutan dilakukan untuk membersihkan dinding-dinding uterus.

Jika anda disahkan mengandung luar rahim atau atau kandungan anggur, pemeriksaan lanjut hendaklah disegerakan. Tetapi dalam sesetengah kes kandungan luar rahim juga boleh diselamatkan dengan rawatan. Walaubagaimanapun, kandungan anggur perlu melakukan D & C bagi membuang tumur di dalam uterus.

KERJAYA SEBAGAI ‘QUANTITY SURVEYOR’

KERJAYA SEBAGAI ‘QUANTITY SURVEYOR’

Sengaja saya ingin membuka topik tentang kerjaya sebagai Quantity Surveyor ini supaya mereka diluar sana memahami apa itu tugas sebagai Quantity Surveyor sepenuhnya kerana kebanyakan mereka tidak memahami bidang tugas ini. Bagi mereka yang sudah menceburi bidang ini marilah kita sama-sama kongsi idea, cara, maklumat dan sebagainya memandangkan skop kerja QS ini amat luas dan mesti memahami setiap perincian pembinaan.


Apa itu Quantity Surveyor?


Maksud Quantity Surveyor (QS) di dalam bahasa melayu adalah Jurukur Bahan. Ianya juga boleh dipanggil sebagai ‘Contract Executive’ ataupun ‘Cost Engineer’.


QS adalah kerjaya professional yang bekerja di dalam industri pembinaan dimana ia berperanan membantu mengira anggaran kuantiti dan kos-kos didalam sesebuah pembinaan. Biasanya profesion QS pada masa kini memerlukan pendidikan sehingga ijazah kerana skop kerja dan fahaman didalam bidang ini terlalu luas dan mesti memahami sepenuhnya tentang dunia pembinaan.


Walaupun semua QS mempunyai tahap pembelajaran dan latihan yang sama, terdapat banyak pengkhususan bidang didalam kerjaya QS. Antara pengkhususan bidang yang utama adalah:-


1) Mereka yang bekerja di firma perunding bagi pihak klient (Consultant's QS)

2) Mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat kontraktor (Contractor's QS)


Consultant Quantity Surveyor


Fungsi utama QS yang bekerja di dalam firma perunding adalah bertanggungjawab dalam perancangan kos, kajian kemungkinan, menganalisa faedah kos, anggaran perbelanjaan dan penilaian satu-satu projek pembinaan bagi pihak klient. QS juga akan mengeluarkan buku kontrak bagi pihak klient kepada kontraktor untuk sesebuah projek.


Pengukuran yang tepat dan terperinci diperlukan bagi membuat kos kawalan harga pada satu-satu pembinaan. Mereka mestilah pakar dalam harga pembinaan masa kini seperti harga pekerja, harga bahan, harga jentera dan benar-benar memahami kaedah pembinaan pada peringkat awal untuk memperolehi nilai kos projek berkenaan.


Mereka juga bertanggungjawab dalam membuat anggaran kuantiti daripada lukisan teknikal yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek. Mereka harus menyediakan dokumen-dokumen kontrak dan lazimnya mereka harus menyedikan bil-bil kuantiti yang diselaraskan mengikut Standard Method of Measurement (SMM) yang dipersetujui oleh badan-badan profesional QS dan wakil-wakil dari industri pembinaan. Kebanyakan firma perunding QS mempunyai kaedah pengiraan dan bil-bil sendiri dalam menyediakan dokumen kontrak selaras dengan piawaian SMM.


QS yang berpengalaman mempunyi kemahiran dalam meminimakan kos tambahan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada klient supaya dapat mengikut budget mereka.


Contractor’s Quantity Surveyor


Fungsi QS yang bekerja di dalam organisasi pembinaan pula adalah bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi syarikat dalam mengimbangi kos pembinaan, memberi sebut harga sesebuah projek untuk mendapatkan sesuatu tender, mengira anggaran kuantiti bahan dan bertanggungjawab dalam memastikan semua kerja tambahan sesebuah pembinaan dapat diselesaikan. QS tersebut mestilah pakar dalam semua harga binaan, harga pekerja, harga jentera dan semua istilah teknologi serta kaedah pembinaan bagi sesebuah projek.


QS mestilah memahami sepenuhnya kontrak diantara kontraktor dengan pemilik (klient) dan mungkin akan timbul beberapa perubahan di dalam kontrak yang melibatkan kuantiti, penambahan kerja seperti yang diarahkan oleh klient di kemudian hari. Arahan tersebut juga mungkin dikeluarkan oleh engineer, arkitek atau klient itu sendiri. Ia dipanggil Variation Order (VO).


Peranan kontraktor QS ini juga memastikan projek berjalan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang tertera di dalam kontrak dan dalam masa yang sama mengawal kos pembinaan serta kos buruh dan sebagainya. Terlalu banyak teknologi pembinaan yang mesti diketahui untuk menjadi seorang QS yang berjaya.


Dahulu, kontraktor hanya menggunakan khidmat akauntan biasa dalam mengawal kos-kos pembinaan dan ianya tidak berkesan memandangkan mereka tidak pakar dalam teknologi pembinaan. Maka kerjaya QS lebih diperlukan bagi membuat penialaian yang tepat terhadap pembinaan tersebut.


Peningkatan pembangunan di dalam negara menyebabkan peluang pekerjaan terhadap QS semakin meningkat dan memerlukan graduan yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan sebagai QS. Ini dapat meningkatkan populariti kerjaya QS dikalangan bakal graduan universiti di dalam bidang ini.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme