PORRIDGE untuk Bayi - Cara Masak bubur menggunakan Pressure Cooker
Salam.....
Zaman skrg agak sukar untuk menyediakan semua keperluan anak-anak dari A-Z tambah2 kpd mereka yg bekerja. Banyak ibu mengambil pendekatan yang lebih mudah untuk persiapan anak2 termasuk penyediaan makanan mereka.
TETAPI, ramai ibu2 yg silap memilih makanan pejal untuk anak2 terutama untuk bayi2 bawah 1 tahun. Memilih nestum/mknn bayi dlm tin adalah tindakan yang kurang tepat memandangkan makanan2 tersebut telah ditambah bahan perasa, pengawet dan gula. Kandungan2 ini mungkin kecil jumlahnya bagi bayi tetapi impaknya mungkin sesuatu yg diluar jangkaan dalam masa yang panjang.
Apa kata ibu-ibu menyediakan makanan yg fresh untuk bayi? TAK RAJIN MEMASAK? Oh no..... Mari kita belajar cara2 memasak bubur dlm masa yg singkat! Saya memasak makanan untuk bayi sy setiap hari! Tidak ada masalah..... dan bubur dimasak hanya 10 minit!
Jom kita belajar cara memasak bubur dengan menggunakan PRESSURE COOKER!
BUBUR IKAN TENGGIRI
SESUAI UNTUK BAYI 8 BULAN KE ATAS
Bahan-bahan :
1. Beras siap dibasuh
2. Isi ikan tenggiri
3. Lobak merah
4. Kentang
5. Sayur sawi
* Tips : Jika anda malas potong lobak merah & ubi kentang, anda sagatkan sahaja.
Cara masak :
Tutup pressure cooker dengan kemas.
10 minit je tau... jgn lebih sikit pun. Nanti hangus. Kurang sikit xpe....
Sementara itu anda boleh kemas dapur :)
Selepas 10 minit, tutup api.
Buangkan angin di dalam pressure cooker sebelum membuka penutupnya.
Inilah rupa bubur sebaik buka pressure cooker tadi.
10 minit sudah menjadi bubur!
Mudah kan?
Masukkan sayur dan tuangkan sedikit air.
Buka api. Masak 1-2 minit sehingga sayur layu.
Beginilah rupa apabila sayur sudah layu.
Pastikan bubur itu menggelegak sewaktu masak sayur.
Ini bagi memastikan sayur itu betul2 masak.
Blend bubur tersebut mengikut kesesuaian bayi.
Jika bayi masih kecil, blend lebih halus.
* Pastikan tiada garam, gula atau perasa tambahan semasa memasak bubur bayi bawah 1 tahun.
Kita semua ibu yg hebat! Anak-anak juga perlukan makanan yg hebat!
Jom kita amalkan ibu hebat, bayi sihat.... InsyaAllah!
Apa kelebihan menggunakan Pressure Cooker?
- Masa memasak yang sangat singkat.
- Mengekalkan kesegaran makanan tersebut memandangkan ia tidak dimasak dgn begitu lama.
- Menjimatkan masa kita di dapur.
- Menjimatkan gas.
Penggunaan masa panjang utk pressure cooker adlh baik utk memasak sup tulang, sup ayam kampung, sup daging. Oleh kerana masa memasaknya sangat singkat maka daging cepat lembut.
sgt2 bagus info nih!!! xsabar saye nk follow...;p
pressure cooker tu beli katne yer?
Embun, pressure cooker tu sy beli di Langkawi. Harga around RM150 mcm tu lah.....
viaemma, jenama apa yer pressure cooker tu?
mmm... nampak sedap... nanti di terai...
salam..kalau sy nak guna pressure cooker untuk rebus epal merah atau sebagainya untuk dijadikan puree tak de masalah kan?
xsesuai utk rebus epal merah dlm pressure cooker. Boleh hangus... Epal merah lebih baik stim sj :)
salam,ikan tenggiri ni baby turn to 7bulan leh mkn x?
nak tanya ..jenama aper ye pressure cooker tu...n berapa liter punyer?nampak mcam berkenan la