Ibu tiada susu??
Semua orang tahu tentang kebaikan dan kelebihan memberi susu ibu kepada bayi. Masakan tidak tahu kerana setiap tin susu formula bayi dipasaran terang-terangan menulis SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK BUAT BAYI. Tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara yang efektif untuk memberi mutiara beharga itu kepada bayi walaupun ibu bekerja/tidak bersama bayi.
Tidak tahu bagaimana menyusui bayi secara ekslusive bermakna tiada ilmu. Tiada ilmu bermakna harus mencari ilmu agar ia memudahkan proses penyusuan itu. Era ini, pelbagai kemudahan sudah tersedia didepan mata seperti ilmu-ilmu yang boleh dicari melalui internet, pelbagai alat bantuan mengepam susu yang berlambak jual dipasaran dan persatuan-persatuan ibu-ibu menyusukan bayi juga semakin bercambah.
Apa yang membuatkan segelintir ibu meminggirkan khasiat susu ibu?
Jawapan mudah yang selalu sangat kedengaran AKU TIADA SUSU!
Tahukah anda jika badan kita telah melalui proses mengandung dan melahirkan bermakna payudara juga mengalami proses pembentukan kalenjar-kalenjar susu? Ia satu proses alami untuk setiap ibu-ibu mengandung. Senang cakap, jika TIADA SUSU maka sepatutnya TIADA PAYUDARA.
Ibu-ibu yang mengambil anak angkat juga boleh menyusukan bayi dengan mengambil pil-pil tertentu. Mengapa pula ibu yang mengalami proses alami mengandung dan bersalin sentiasa menidakkannya?
Bezanya hanya :
IBU YANG MELAHIRKAN dapat menghasilkan kolestrum yang sangat kaya protein untuk bayinya diawal kelahiran bayi kerana ibu itu mengalami proses alami mengandung dan bersalin. Dan kemudiannya susu matang terhasil selepas beberapa hari kolestrum dihasilkan.
IBU ANGKAT yang mencetuskan susu menggunakan pil-pil hormon tertentu hanya dapat menghasilkan susu matang untuk anak susuannya kerana dia tidak mengalami proses mengandung dan melahirkan.
Jadi belajarlah bagaimana untuk mencetuskan, menghasilkan, membanyakkan susu ibu. Bukan menuding jari menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu menghasilkan susu. Juga bukan menyalahkan bayi jika bayi tidak tahu menghisap! Semua adalah satu proses pembelajaran.....
Harus diingatkan, walau sehebat manapun produk yang ada dipasaran (Tidak mahu menyebut apa-apa jenama) ianya tidak akan membantu memperbanyakkan susu ibu melainkan KERAP STIMULASI atau MERANGSANG payudara dengan memberi bayi minum secara kerap atau kerap memerahnya. Itulah kunci dan formularnya. Jika tidak, susu akan kering berikutan tiada rangsangan.
Lihat photo ini..... Amat menyentuh hati!
Disebalik makna yang tersirat di dalam photo ini, ia juga memberitahu kita bahawa susu itu sudah pastinya ada mengalir dan sebab itu bayinya menghisap! Jika tidak, masakan bayinya menghisap bukan?
Alangkah ruginya kita yang sihat walafiat, cukup nutrisi tidak memberi susu ibu kepada bayi. Malah terus mengaku kalah mengatakan TIDAK ADA SUSU!
** Share it if you care **
0 Response to "Ibu tiada susu??"
Post a Comment