KERJAYA SEBAGAI ‘QUANTITY SURVEYOR’

KERJAYA SEBAGAI ‘QUANTITY SURVEYOR’

Sengaja saya ingin membuka topik tentang kerjaya sebagai Quantity Surveyor ini supaya mereka diluar sana memahami apa itu tugas sebagai Quantity Surveyor sepenuhnya kerana kebanyakan mereka tidak memahami bidang tugas ini. Bagi mereka yang sudah menceburi bidang ini marilah kita sama-sama kongsi idea, cara, maklumat dan sebagainya memandangkan skop kerja QS ini amat luas dan mesti memahami setiap perincian pembinaan.


Apa itu Quantity Surveyor?


Maksud Quantity Surveyor (QS) di dalam bahasa melayu adalah Jurukur Bahan. Ianya juga boleh dipanggil sebagai ‘Contract Executive’ ataupun ‘Cost Engineer’.


QS adalah kerjaya professional yang bekerja di dalam industri pembinaan dimana ia berperanan membantu mengira anggaran kuantiti dan kos-kos didalam sesebuah pembinaan. Biasanya profesion QS pada masa kini memerlukan pendidikan sehingga ijazah kerana skop kerja dan fahaman didalam bidang ini terlalu luas dan mesti memahami sepenuhnya tentang dunia pembinaan.


Walaupun semua QS mempunyai tahap pembelajaran dan latihan yang sama, terdapat banyak pengkhususan bidang didalam kerjaya QS. Antara pengkhususan bidang yang utama adalah:-


1) Mereka yang bekerja di firma perunding bagi pihak klient (Consultant's QS)

2) Mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat kontraktor (Contractor's QS)


Consultant Quantity Surveyor


Fungsi utama QS yang bekerja di dalam firma perunding adalah bertanggungjawab dalam perancangan kos, kajian kemungkinan, menganalisa faedah kos, anggaran perbelanjaan dan penilaian satu-satu projek pembinaan bagi pihak klient. QS juga akan mengeluarkan buku kontrak bagi pihak klient kepada kontraktor untuk sesebuah projek.


Pengukuran yang tepat dan terperinci diperlukan bagi membuat kos kawalan harga pada satu-satu pembinaan. Mereka mestilah pakar dalam harga pembinaan masa kini seperti harga pekerja, harga bahan, harga jentera dan benar-benar memahami kaedah pembinaan pada peringkat awal untuk memperolehi nilai kos projek berkenaan.


Mereka juga bertanggungjawab dalam membuat anggaran kuantiti daripada lukisan teknikal yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek. Mereka harus menyediakan dokumen-dokumen kontrak dan lazimnya mereka harus menyedikan bil-bil kuantiti yang diselaraskan mengikut Standard Method of Measurement (SMM) yang dipersetujui oleh badan-badan profesional QS dan wakil-wakil dari industri pembinaan. Kebanyakan firma perunding QS mempunyai kaedah pengiraan dan bil-bil sendiri dalam menyediakan dokumen kontrak selaras dengan piawaian SMM.


QS yang berpengalaman mempunyi kemahiran dalam meminimakan kos tambahan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada klient supaya dapat mengikut budget mereka.


Contractor’s Quantity Surveyor


Fungsi QS yang bekerja di dalam organisasi pembinaan pula adalah bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi syarikat dalam mengimbangi kos pembinaan, memberi sebut harga sesebuah projek untuk mendapatkan sesuatu tender, mengira anggaran kuantiti bahan dan bertanggungjawab dalam memastikan semua kerja tambahan sesebuah pembinaan dapat diselesaikan. QS tersebut mestilah pakar dalam semua harga binaan, harga pekerja, harga jentera dan semua istilah teknologi serta kaedah pembinaan bagi sesebuah projek.


QS mestilah memahami sepenuhnya kontrak diantara kontraktor dengan pemilik (klient) dan mungkin akan timbul beberapa perubahan di dalam kontrak yang melibatkan kuantiti, penambahan kerja seperti yang diarahkan oleh klient di kemudian hari. Arahan tersebut juga mungkin dikeluarkan oleh engineer, arkitek atau klient itu sendiri. Ia dipanggil Variation Order (VO).


Peranan kontraktor QS ini juga memastikan projek berjalan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang tertera di dalam kontrak dan dalam masa yang sama mengawal kos pembinaan serta kos buruh dan sebagainya. Terlalu banyak teknologi pembinaan yang mesti diketahui untuk menjadi seorang QS yang berjaya.


Dahulu, kontraktor hanya menggunakan khidmat akauntan biasa dalam mengawal kos-kos pembinaan dan ianya tidak berkesan memandangkan mereka tidak pakar dalam teknologi pembinaan. Maka kerjaya QS lebih diperlukan bagi membuat penialaian yang tepat terhadap pembinaan tersebut.


Peningkatan pembangunan di dalam negara menyebabkan peluang pekerjaan terhadap QS semakin meningkat dan memerlukan graduan yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan sebagai QS. Ini dapat meningkatkan populariti kerjaya QS dikalangan bakal graduan universiti di dalam bidang ini.

5 Response to "KERJAYA SEBAGAI ‘QUANTITY SURVEYOR’"

  1. Meth. says:

    Assalamualaikum! akak na tanya question, bagaimana pulak kerjaya QS dalam oil and gas? adakah sama ataupun berbeza? terangkan plsssssss :) really need the info :)

    Anonymous says:

    ooohhh baru sy fhm fungsi kerja sebagai QS..baru2 ini, ada company offer sy kje sbg QS...sedangkan sy xblajar dlm bidang ukur bahan . sy study networking hadrware and software jer...sy pon pelik nape company sy g intrview offer sy kje QS

    Unknown says:
    This comment has been removed by the author.
    Anonymous says:

    Salam
    Saya sedang mencari QS yang berpengalaman atau lepasan graduan dalam bidang QS
    SILA EMAIL RESUME ker zulnawarin@smsintergroup.com
    Atau hubungi saya di talian 0192715610
    Terima Kasih

    Anonymous says:

    Salam,bolehkah saya gunakan maklumat ini untuk dijadikan sebagai rujukan bagi kajian topikal saya?

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme