Pendarahan ketika mengandung
Apa punca pendarahan semasa mengandung?
Pendarahan vagina semasa mengandung mempunyai banyak sebab. Ada yang serius dan ada yg sebaliknya. Bagi yang kali pertama melalui pengalaman seperti ini mungkin merasakan ia kejadian yang mengerikan. Walaubagaimanapun, kebanyakan wanita yang mengalami pendarahan semasa mengandung biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan dan ada juga yang berterusan sehingga ke kelahiran bayi. Sebaiknya, jika berlaku pendarahan semasa mengandung, lebih baik terus berjumpa doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapi.
Pendarahan pada Trimester Pertama
Kebanyakan wanita mengalami pendarahan yang sedikit semasa 12 minggu pertama mengandung. Biasanya punca pendarahan vagina semasa awal mengandung adalah :-
1. Implantasi (Implantation)
Pendarahan vagina yang berlaku pada waktu ini adalah sangat sedikit dan berlaku pada masa yang sangat awal sekitar 10 – 14 hari selepas proses persenyawaan. “Pendarahan Implantasi” ini berlaku apabila telur mula tertanam di dalam uterus. Pendarahan berlaku sangat awal dan hanya tompokan kecil serta berwarna pudar daripada period yang normal dan pendarahan ini berlaku tidak lama. Sesetengah perempuan menganggapnya adalah period biasa dan tidak sedar yang mereka telah pun mengandung.
2. Perubahan Servik. (Cervical Change)
Semasa mengandung, darah banyak mengalir ke bahagian servik. Biasanya akan terjadi pendarahan jika pelvik disentuh seperti melakukan hubungan kelamin atau pemeriksaan pelvik.
3. Keguguran (Miscarriage)
Hanya lebih 15% kebarangkalian kandungan akan berakhir dengan kuguguran berpandukan kajian daripada American College of Obstetricians and Gynecologists. Berhati-hatilah kerana pendarahan vagina biasanya adalah amaran kepada keguguran tetapi pendarahan bukanlah bermaksud anda gugur. Ingat, kebanyakan wanita yang mengalami masalah pendarahan semasa hamil masih berjaya melahirkan bayi dengan sihat dan bukan semuanya berakhir dengan keguguran.
4. Kandungan diluar rahim (Ectopic Pregnency)
Kadangkala embrio tidak mamasuki uterus dan menyebabkan kandungan berada diluar rahim dimana embrio membesar di dalam tiub fallopio. Ini dipanggil kandungan diluar rahim dan keadaan ini membuatkan embrio tidak boleh hidup. Tanpa rawatan, kandungan diluar rahim ini boleh membahayakan nyawa ibu dimana darah akan mengalir keluar dan akan menyebabkan si ibu kekurangan darah. Kandungan diluar rahim boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bawah perut dan sekitar rahim dan itu adalah tanda anda mengalami masalah tersebut.
5. Kandungan Anggur (Molar Pregnency)
Di dalam kandungan molar yang lengkap, tiada bayi wujud melainkan hanya tisu molar saja. Kebiasaannya, pendarahan yang teruk adalah sintom kepada kandungan anggur/molar. Ia biasanya dikesan pada awal tiga bulan pertama. Ianya juga boleh menyebabkan penderahan teruk dan banyak.
6. Jangkitan Kuman
Kadangkala, jangkitan kuman juga boleh menyebabkan pendarahan diawal waktu kehamilan.
Bila harus berjumpa doktor?
Semasa trimester pertama, jika terdapat pendarahan kecil yang berlaku tidak lebih dari satu hari, beritahu doktor ketika berjumpa pada pertemuan selanjutnya. Jika anda mengalami pendarahan vagina lebih dari satu hari, segeralah berjumpa dengan doktor. Beritahu doktor tersebut tentang perkara berikut:-
- Memberitahu berapa banyak pendarahan yang telah dialami.
- Memberitahu berapa jumlah pendarahan yang berlaku disamping menceritakan samada sakit dibawah perut, kejang, deman atau kesejukan.
- Menunjukkan cairan yang keluar dari vagina (jika diminta)
Apa yang dilakukan oleh doktor?
Kebiasaannya doktor akan bertanya tentang pendarahan dan melakukan pemeriksaan termasuk pemeriksaan terhadap servik. Berpandukan tahap sintom yang diberitahu anda, doktor mungkin akan melakukan ujian makmal seperti ultrasound untuk mengesahkan bayi anda berada dalam keadaan yang selamat.
Selalunya, pendarahan vagina pada trimester pertama tidak memerlukan rawatan khusus. Biasanya doktor hanya akan mengesyorkan untuk anda berehat, tidak melakukan aktiviti lasak, tidak banyak berjalan, tidak mengangkat benda yang berat sehinggalah tiada berlaku lagi pendarahan. Anda mungkin diberikan ubat untuk menguatkan rahim anda jika keadaan servik dan bayi anda masih berada di dalam keadaan yang stabil. Jika anda mengalami jangkitan pada servik pula, anda mungkin diberikan antibiotik.
Jika doktor anda mengesahkan anda keguguran, anda mungkin diberi pilihan untuk membiarkan proses keguguran tersebut secara natural atau mempercepatkan proses tersebut dengan rawatan atau pembedahan kecil seperti Dilation and Curettage (D & C). Semasa prosedur ini dilakukan, doktor akan melebarkan servik anda dan akan menyedut tisu-tisu keluar dari uterus. Alat seperti besi panjang yang hujungnya lengkok juga akan digunakan selepas proses penyedutan dilakukan untuk membersihkan dinding-dinding uterus.
Jika anda disahkan mengandung luar rahim atau atau kandungan anggur, pemeriksaan lanjut hendaklah disegerakan. Tetapi dalam sesetengah kes kandungan luar rahim juga boleh diselamatkan dengan rawatan. Walaubagaimanapun, kandungan anggur perlu melakukan D & C bagi membuang tumur di dalam uterus.
Saya berusia 25tahun sedang mengandung anak sulung dan usia kandungan hampir 4bulan. Seminggu yang lalu sewaktu saya bersama suami(seks)saya dapati ada darah keluar dan berikut pun masih lagi ada pendarahan namun saya tidak ada merasa kesakitan sedikit pun cuma rasa pelik sahaja. Melalui keadaan ini adakah amat berbahaya kepada kandungan dan apa kah sebenarnya yang berlaku sehingga setipa kali bersama suami ada darah yang keluar???? Tolong la saya perlukan maklumat ini.
Saya bukan doktor... & sy cdg lebih baik jumpa doktor....
assalammualaikum...saya memang berminat dengan penyusuan susu ibu ni.tetapi setakat ni masih gagal lagi.saya nak tanya bagaimana saya boleh menggunakan susu ibu yang telah disimpan di dalam flight.Ini adalah kerana saya tinggal berjauhan dengan suami dan perlu menaiki kapal terbang untuk pulang.Kadang saya berasa tidak selesa unmtuk menyusukan anak saya di dalam flight kerana kadang2 duduk bersebelahan dengan lelaki.
Pendapat sy, xperlu risau ttg penyusuan di tempat awam. Sebaiknya bila bayi bersama ibu, susukan secara direct sahaja. Anda boleh beli mana2 cover ataupun kain shawl utk menutup semasa menyusukan bayi. Atau apabila keluar dgn bayi, sebaiknya memakai baju menyusu. Lebih senang utk menyusu di tempat awam tanpa mendedahkan bahagian2 tertentu.....
Lebih baik simpan susu perahan utk digunakan waktu berjauhan dgn bayi.....
Thank you, artikel ni menolong saya.mungkin esok saya akan ke klinik.
hai .. Saya mengalami pendarahan sewaktu kandungan berusia 9 minggu..
Adakah itu tanda tanda yang saya akan mengalami keguguran? Ini adalah
kamdungan ke 2 saya.. Sewaktu mengandungkan anak pertama
tidak pula saya mengalami pendarahan seperti ini ..
salam sya aisyah..saya membuuat pemeriksaan pada 2 dis 2011 dan d sah kan hamil 5 minggu tapi pada 19dis 2011 ada pendarahan kecil,kami segera ke klinik doktor sahkan kndungan baik dan berusia 5 minggu juga, kami pelik kerana pemeriksaan awal doktor ckp 5 minggu tp bila 2 minggu pun stil doktor ckp 5 minggu, oleh kerana pendarahan masih lg malahan makin bnayak kami ke hospital, doktor sah kan kandungan baik dan berusia 5 minggu juga, pendarahan semakin serius hinga keluar ketulan kecil darah, kami segera ke hospital dan pemeriksaan di lakukan dan darah di uji kerana risau ada jangkitan,tapi kandungan masih selamat,
persoalan kenapa janin tidak membesar kerana sepatutnya da 8 minggu dan kenapa pendarahan masih tidak lagi berhenti..tolong saya
saya mengalami pendarahan juga .. selama saya hamil saya follow up dengan dr personal saya ... pendarahan belaku dr beri ubat untuk berhenti kan darah how ever darah da stop , tapi malam waktu darah da stop tu suami saya tersiku pinggang saya dan ia kembali bleeding makin banyak ... apa perlu kah saya ke hospital kerajaan atau pun tggu sampai hari yang sepatut nya saya berjumpa dengan dr ... kandungan sekarang berusia 8 mggu
SAYA doktor,)
tapi bukan doktor pakar sakit puan,tapi sakit cinta...Apa2 pun sya tahu juga skit2 pasal mngdung kluar darah ni,apa2 pun kena rujuk kpd doktor pakar,bukan dok biasa2
Assalamualaikum.. Saya mngalami pdarahan pada 24/10/12. Setelah bjmpa doktor dan cek ultrasound doktor telah mengesahkan bahawa saya keguguran. Usia kandungan saya pada ketika itu hampir 3bulan. Doktor tidak melakukan D&C malah doktor menasihatkan agar mbiarkan proses pdarahan secara natural. Apa yg merisaukan saya ialah pdarahan tersebut tlh bhenti pada 29/11/12. Namun sy mngalami pdarahan semula pada 6/12/12 sehingga ke hr ini (11/12/12). Ada pdarahan tsebut akibat drpd keguguran atau mungkin darah haid?
salam saya xtawlah saye pregnant ke x...ahad lepas saye ade kluar tompok coklat.... isnin ade... selesa n rabu bersih... saye jmpe dktr... dr kata mgkin bukan darah period.... kalo dtg darah jmpe dr.... tapi bile lepas bersama suami ade plak darah kluar.... sehingga pagi khamis ade darah... tapi darah tu darah segar.... merah je... sepatotnye saye period 3/7/12... tapi cam darah period tpi dth awl plak... 30/6/12.... sblum nie period 6/6/12.... camne ea.... saye confiuss.... darah priod @ x... ade kawan kata x... harap ada yang membantu....