Breastpump

Tidak semua ibu-ibu menggunakan breast pump walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih efisyen. Ada beberapa jenis breast pump yang boleh dipilih sesuai untuk kegunaan ibu surirumah hingga yang bekerjaya mengikut keperluan serta kegunaannya. Yang penting, breast pump tersebut mestilah sesuai untuk kegunaan mereka terutama pada mereka yang bekerja perlulah memilah pam yang sangat sesuai. Dipasaran sekarang, terdapat beberapa jenis pam yang direka khas untuk keperluan harian dan tepat untuk ibu bekerjaya.

Beli breast pump mengikut keperluan!

Tidak semua breast pump berkualiti baik. Breast pump yang tidak bagus dan yang sangat murah juga boleh menyakitkan dan merosakkan payudara. Lebih baik beli pam mengikut brand yang dipercayai walaupun harganya agak mahal. Mestilah budget adalah perkara utama yang difikirkan dan cubalah membandingkan harga tersebut dengan kedai-kedai lain atau lebih senang jika mencari harga-harga tersebut di internet. Begitupun, pastikan ianya sesuai dengan keperluan dan kegunaan supaya ianya tidak mendatangkan pembaziran. Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam:

  • Mudah digunakan. Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Jika anda berniat untuk memberi susu ibu secara ekslusif kepada bayi, anda perlu fikirkan pam yang sesuai digunakan untuk mengepam bagi meninggalkan stok susu kepada bayi ketika anda bekerja. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan.
  • Berat dan saiznya. Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah pam tersebut menggunakan bateri biasa jika sukar mendapatkan bekalan elektrik? Adakah beratnya menjadi beban untuk anda membawa ke sana sini?
  • Kos. Apa budget yang anda ada? Adakah anda ingin menggunakan pam tersebut untuk anak yang seterusnya?
  • Bunyi. Pilihlah pam yang tidak mengeleluarkan bunyi yang kuat semasa anda mengepam.
  • Kelajuan. Berapa lama masa yang anda perlukan untuk memerah susu? Pilihlah pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus (double pumping).
  • Kekuatan menghisap. Pilihlah yang pam yang dapat menghisap dengan selesa serta yang boleh dilaras kelajuan hisapannya.

Jenis-Jenis Breast Pump

Pam Manual
  • Pam jenis ini agak murah dan kebanyakan ibu-ibu mampu memilikinya.
  • Ia digunakan secara manual iaitu memerlukan tangan untuk mengendalikan pam tersebut.
  • Sesetengah pam mempunyai beberapa fungsi butang untung mengendalikan kelajuan hisapan.
  • Jenis pam manual ini hanya boleh mengepam satu-satu payudara.
  • Sesuai digunakan untuk orang yang tidak kerap menggunakan pam.
  • Ianya direka bentuk untuk kegunaan asas berikutan kekuatan atau kelajuan pam bukanlah perkara utama yang ditekankan. Kenyataannya menggunakan pam manual ini agak meletihkan kerana pengguna terpaksa memerah tenaga sendiri untuk mengepam.

Pam Menggunakan Bateri

  • Terdapat pam yang boleh mengepam kedua-dua belah payudara dalam satu masa.
  • Pam ini sesuai bagi ibu-ibu yang memerlukan mereka mengepam payudara secara tidak kerap kerana ianya tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
  • Pengguna dinasihatkan memilih pam ini secara berhati-hati kerana pam dari jenis ini kadang kala tidak dilengkapi dengan fungsi yang diingini.
  • Harganya juga murah dan masih mampu dimiliki oleh ibu-ibu.
  • Model yang rendah kuasanya kadangkala menyakitkan payudara ketika mengepam.
  • Kadangkala pam jenis ini sedikit bising dan memerlukan anda kerap menggantikan bateri dan ini membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos ekstra terhadap bateri tersebut.

Pam Elektrik
  • Pam jenis ini mendapat sambutan hangat pada masa ini berikutan ianya senang digunakan serta beberapa fungsi lain yang digemari.
  • Pam ini direka khas untuk kegunaan harian malah boleh dibawa kemana-mana dengan mudah.
  • Boleh dipilih samaada ingin membeli ‘single pump’ atau ‘double pump’ mengikut keperluan pengguna.
  • Ibu-ibu bekerjaya tidak ada masalah untuk membekalkan air susu kepada bayi yang ditinggalkan berikutan pam ini yang sangat bertepatan dengan kehendak ibu-ibu bekerjaya.
  • Model-model baru pam jenis ini ada menambah beberapa fungsi khas seperti beberapa jenis cara hisapan, getaran/gerakan dan perahan.
  • Cara kendaliannya cuma memasang plug pada soket dan tekan butang mengikut arahan. Satu lagi kemudahan lain ialah jika tiada elektrik, pilihan lain ialah dengan menggunakan bateri atau di dalam kereta anda boleh menggunakan adaptor.
  • Mudah dibawa kemana-mana.
  • Model barunya lebih hebat kerana ditambah dengan cara hisapan yang meniru cara hisapan bayi dimana hisapannya agak laju pada mulanya dan kemudian perlahan-lahan. Ditambah pula dengan butang kawalan yang mana pengguna boleh ubah kelajuannya. Model terdahulu tidak mempunyai fungsi seperti ini. Jika anda ingin membeli pam ini, pastikan ianya mempunyai fungsi seperti ini.

0 Response to "Breastpump"

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme