Bagaimana Aku Memulakan Penyusuan SUSU IBU secara ESKLUSIF?

Bebarapa rakanku meminta aku menulis bagaimana pengalaman aku menyusukan Auni secara esklusif untuk dijadikan bahan bacaan yang berguna kepada mereka. Memandangkan aku tidak mampu menerangkan satu persatu persoalan bagaimana aku memulakan penyusuan esklusif ini kepada setiap orang, adalah lebih baik aku menulisnya. Adapun, harus diingatkan bahawa ini cuma pengalaman aku menyusukan Auni sahaja walaupun mungkin ia berbeza dengan pendapat sesetengah orang.

Alhamdulillah, syukur kerana dengan Rahman dan Rahmat-Nya, aku masih mampu menyusu Auni dengan susu ibu. Untuk merialisasikan hajat aku untuk menyusukan Auni secara esklusif, amat sukar & pelbagai rintangan dan cubaan yg aku harus hadapi. Bermula dari Auni lahir sehingga sekarang terlalu banyak cubaan dan rintangan yang terpaksa aku tepis demi melihat Auni membesar dgn sihat hasil rezeki cecair emas kurniaan Allah ini.....


Bagaimana aku tahu khasiat susu ibu?

Pertama sekali apabila aku menghayati satu ayat Al-quran dari surah Al-Baqarah Ayat 233 =

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan......"

Apabila disebut dalam Al-Quran, sudah semestinya terdapat 1001 makna yg tersirat di dalamnya. Pertamanya aku faham penyusuan harus dilakukan selama 2 tahun untuk pembesaran bayi yang sihat. Keduanya, aku terfikir susu apakah yang terbaik untuk bayi? Pelbagai penilaian dibuat, akhirnya aku temui tiada satu susu pun yang sama dengan khasiat susu ibu..... amazing! Simple thing... manusia takkan dapat meniru khasiat susu ibu walaupun berlambak susu berjenama mahal dipasaran!

Malahan pelbagai produk yang dihasilkan kadang-kadang menimbulkan keraguan dimana kandungan bahannya dicampur dengan kandungan yang tidak sepatutnya. Isu campuran Melamin di dalam susu formula yang berlaku di negara China beberapa tahun lalu mendapat liputan luas media antarabangsa dimana kebanyakan kanak-kanak yang minum susu formula tersebut mengalami batu karang. Tak sanggup rasanya melihat anak kecil kesakitan walau apa jua penyakit yg mereka hidapi.

Keduanya kerana saranan WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggalakkan penyusuan susu ibu secara exclusive selama 6 bulan pertama bayi (sangat penting) dan di teruskan sehingga bayi berusia 2 tahun. Mengapa? Anda sendiri tahu kebaikannya bukan?


Bagaimana aku memulakan?

Setelah mengetahui perkara tersebut, aku menelaah buku-buku/sumber bacaan internet yang berkaitan dengan penyusuan
esklusif dan pemakanan bayi bagi mengetahui nutrisi yang betul dan supaya aku tidak salah dalam memilih. Aku banyak bertanya dalam forum susuibu.com. Aku juga study bagaimana untuk aku ingin aplikasikan impian ini kerana aku bukan surirumah malah bekerja.

Keduanya, dari pembacaan-pembacaan tersebut, aku boleh memberikan susu ibu kepada bayi dengan memerah susu dan menyimpannya untuk diberikan kepada bayi ketika aku keluar bekerja..... Susu boleh diperah dgn tangan, manual pump, battery operated pump & electric pump. Yang mana lebih efektive? Terpulang kepada individu yg mana kaedah serta cara yang sesuai dan selesa dengan mereka.

Pilihan aku? sudah tentu aku memilih electric pump! Melalui pembacaan aku lihat electric double pumping mampu meningkatkan produksi disamping mengurangkan masa mengepam & hasilnya lebih baik dari memerah secara manual yang agak memenatkan dan melecehkan. Dan sudah tentu ianya perlu berbentuk ringan agar mudah dibawa kemana-mana. Jadi aku mengambil keputusan untuk beli AMEDA LACTALINE DUAL BREASTPUMP. Mengikut pengalaman aku, ia tidak sakit digunakan....


I really love this pump!

Salah satu yang bermain di kepala ialah kos. Kos membeli pump ini agak mahal tetapi ia masih dalam harga mampu milik. Harga pump ini lebih kurang RM780.00 pada waktu aku beli dulu. Dan sebenarnya banyak lagi jenama lain yang boleh dibeli tetapi pastikan ianya efektif dan perhatikan fungsi-fungsinya supaya kita selesa menggunakannya.

Ketiganya, aku mesti fikirkan cara penyimpanan susu agar ia segar, bersih serta jauh dari bahan-bahan kimia berbahaya. Aku temui botol simpanan serta botol susu ibu mestilah bebas dari BPA. Dan aku membaca tentang selamatkah penggunaan plastik pada bayi?. Terlalu banyak ilmu yg perlu diketahui dan tidak boleh dipandang remeh! Jadi botol simpanan aku beli dari momslittleone.com dimana ianya agak murah berbanding botol BPA free yang lain. Keistimewaan botol ini selain BPA free, ia boleh terus dipasang pada pum dan terus dibekukan. Apabila mahu menyusukan bayi, gunakan terus botol susu tanpa perlu menukar kepada botol lain. Aku beli 60 botol untuk aku buat stok susu dalam tempoh berpantang nanti. Harganya? Lebih kurang RM39.00 untuk 6 botol.

Botol susu jenama MomsLittleOne (MLO)

Keempat, aku mesti tahu berapa lama susu tahan di dalam peti ais dan peti ais sejuk beku. Aku mesti faham bagaimana aku nak susukan bayi dengan perahan susu ibu..... Jika mahukan lebih lanjut bacalah buku ini ----> "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya" dengan harga RM10.00 sahaja. Boleh dapatkan secara online di momslittleones.com. Di dalam buku ini akan menceritakan lebih terperinci tentang berapa lama susu boleh disimpan. Secara amnya, susu boleh disimpan selama 3 bulan di dalam peti ais sejuk beku (jika peti ais 2 pintu) dan 3 hari di dalam peti ais. Dan susu boleh tahan selama 6 bulan jika disimpan di dalam deep freeze.

Buku "Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya"


Bagaimana aku memerah susu?

Aku mula cuba memerah susu seawal 5 hari selepas melahirkan Auni. Tujuan aku mula awal kerana aku cuba memberi rangsangan yang kerap kepada payudara. Itulah untungnya membeli pump lebih awal dan sekurang-kurangnya jika bayi tidak mahu mengisap puting payudara, kita mempunyai pilihan untuk memerah dan menyusukan bayi dengan perahan susu tersebut. Ini kerana terdapat klinik bersalin swasta yang terus memberikan bayi minum susu formula dan boleh menyebabkan bayi keliru puting. Nasib aku baik kerana melahirkan Auni di hospital kerajaan iaitu Hospital Serdang kerana hospital kerajaan lebih kepada rakan bayi. Mereka akan memastikan bayi diberi minum susu ibu bagi mendapatkan khasiat susu awal ibu iaitu kolestrum yang bernilai emas.

Tujuan lain aku memerah susu awal kerana Auni kenyang dengan minum sebelah payudara & sebelah lagi bengkak & sakit membuatkn aku mengepam keluar susu. Susu aku boleh dikatakan tidak banyak tetapi aku mengamalkan konsep "More Demand, More Supply"..... Rangsangan yang diberikan kepada payudara itu adalah demand untuk menyampaikan maklumat kepada otak supaya menghasilkan susu yang lebih lagi. Itulah konsep penghasilan susu dengan banyak.

Rata-rata rakanku mengatakan susu tidak cukup/kurang dan terus kering, jadi bagaimana untuk terus menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja? Jawapan kepada soalan tersebut adalah rata-ratanya ialah berhenti menyusukan bayi..... Jika berhenti menyusukan bayi, bagaimana rangsangan dapat dilakukan kepada payudara? Ingat..... konsepnya RANGSANG!! Memerah susu menggunakan pum juga adalah rangsangan kerana rata-rata pump elektrik yang dijual menyamai hisapan bayi. (Apapun perlu diingat bahawa bayi adalah 'pump' yg terbaik)

Ada juga yang berkata, anak tidak mahu menyusu badan.... Hanya mahu menyusu melalui botol (keliru puting). Secara logiknya tidak ada lagi rangsangan kepada payudara jika anak tidak menghisap payudara! Jadi tiada rangsangan, tiadalah susu!. Maka fikirkan kaedah lain untuk memberi rangsangan kepada payudara.


FORMULA PENGHASILAN SUSU : Rangsang = Penghasilan susu

Seperti kawan office aku yang sangat gigih mahukan anaknya minum susu ibu walaupun anaknya hanya mahukan minum susu melalui botol (keliru puting).... Dia sanggup memerah susu dan menyusukan anaknya melalui botol. Adakah ianya sukar? Ya, jawapannya memang sukar! Tapi itulah yang dia mahukan maka tiada alasan untuknya berbuat begitu..... Apapun aku sangat respect dengan usaha yang dia lakukan kerana jika aku ditempatnya, belum tentu aku mampu melakukan.....


Bagaimana aku membuat stok susu?

Di dalam pantang, aku cuba memerah susu untuk dijadikan stok susu. Aku hanya dapat sedikit. Sekali pump tak sampai 1 oz..... Auni menyusu sebelah dan sebelah lagi aku pum. Jika aku lihat Auni seperti tidak cukup susu, aku akan berikan susu yang aku pum tadi. Jika Auni kenyang hanya menghisap sebelah payudara, aku akan simpan perahan susu sebelah lagi. Disini, aku mesti fahamkan satu konsep lagi..... dimana, kosongkan payudara! Jika payudara kosong, penghasilan susu lebih cepat. Ini bermakna, selepas menyusukan auni aku akan kosongkan payudara dengan pump. Susu keluar mungkin sangat sedikit (kerana Auni sudah minum habis) tetapi teruskan sekurang2nya 5-10 minit pump untuk memberi rangsangan.

Hasilnya? aku mampu membuat stok susu sebanyak 80 botol dengan setiap botol 3 oz dalam tempoh cuti bersalin!

Susu ibu untuk Auni


Bagaimana aku menyusukan Auni dengan perahan susu ibu?

Jika menggunakan perahan susu ibu yang sudah disejukbeku, rendam susu di dalam air panas atau letakkan susu di dalam warmer yang juga boleh di beli dikedai-kedai barangan bayi. Aku menggunakan jenama 'snow bear' yang mana warmer ini dihadiahkan oleh kawan2 office. Harganya lebih kurang RM149.90 (Special Thanks to My Friend)... Sebenarnya, banyak lagi jenama lain yang boleh diperolehi..... Walaubagaimanapun tidak semestinya wajib membeli warmer ni.... rendam di dalam air panas pun sudah mencukupi untuk mencairkan susu.

Warmer jenama 'snow bear'

Apabila susu sudah cair dan suam-suam kuku, bolehlah terus susukan bayi. Perkara utama yang mesti diambil berat ialah susu tersebut hanya boleh dipakai dalam masa sejam selepas dipanaskan. Tidak boleh disejukbekukan semula. Selepas sejam, jika bayi tidak dapat menghabiskannya, buang susu tersebut. Sebab itu semasa perahan susu dibuat, pastikan susu di dlm kuantiti yg mengikut keperluan bayi.

Perkara ini harus diperjelaskan kepada penjaga bayi agar mereka fahami teknik yg betul utk mengekalkan kesegaran susu tersebut.


Bagaimana aku mengepam di office?

Perkara ini agak sukar dilakukan memandangkan ia memerlukan sedikit ruang masa di pejabat serta memerlukan ruang bilik utk mengepam. Jika tidak sabar dan tidak kuat, disinilah akan berlaku kekecewaan dan seterusnya kegagalan. Aku terpaksa menghilangkan diri 15 minit untuk memerah susu di bilik stor. Dan kadang-kadang aku mengepam dimeja aku saja sambil buat kerja. Bunyi pump tidak dapat didengar oleh orang lain kerana aku buka musik.

Kadang-kadang, waktu trafic jam aku mengepam dalam kereta! Sebenarnya agak bahaya, tetapi jika itu saja waktu yang aku ada, aku terpaksa gunakannya.

Bagaimana aku menyimpan susu ibu yang telah diperah jika di office tidak ada peti ais? Office aku tidak ada peti ais.... Jadi aku beli ice pack dari MomsLittleOne (MLO). Boleh lah baca info dia di momslittleones.com dan beli disitu. Harganya lebih kurang dalam RM28.00 untuk 3 pack. Beli hanya 3 pack ini sahaja sudah cukup & ianya re-useable. Ianya tahan sejuk di dalam cooler bag selama 12 jam!

Ice pack MLO

Dah beli ice pack, sudah tentu kena ada coolernya kan? Takkan aku nak mengusung kotak polistrine putih tu kan? Cooler yang aku ada ini pun dihadiahkan oleh kawan-kawan office ku. Mereka tahu aku mahu menyusukan Auni secara esklusif jadi mereka selidiki apa yang aku mahu.... Thanks a lot!

Cooler beg ada banyak jenis. Ada yang macam beg sekolah, ada yang macam sling bag, ada yang tote bag.... Aku suka menggunakan cooler yg kecil sahaja dan kemudian akan memasukkan cooler beg yang kecil itu ke dalam satu beg lagi bersama-sama pum. Jadi tak perlulah aku bawa banyak beg.
Gambar diatas menunjukkan salah satu cooler bag yang kecil dan cantik. Boleh dibeli secara online di www.fabulousmom.com dengan harga RM85.00.


Semangat dan kekuatan

Disamping perkara-perkara diatas, yang paling penting dan utama adalah semangat dan kekuatan. Bunyinya senang tetapi jika tiada semangat yang kuat, pelbagai alasan yang diperolehi.

Kekuatan utama aku adalah suamiku sendiri disamping semangat di dalam diri. Pastikan setiap informasi diberikan kepada suami agar dia faham kepentingan dan kebaikan susu ibu. Kongsikan bahan bacaan tentang penyusuan susu ibu bersama suami. Tumpuan dan tuntutan masa yang lebih semasa sesi mengepam dan menyusui bayi akan mengganggu masa untuk melakukan kerja rumah yang lain. Kadangkala bayi menyusu terlalu lama menyebabkan ibu tidak sempat menyediakan keperluan harian rumah. Masa inilah suami perlu memahami disamping membantu yang mana perlu.

Kepada ibuku juga, terima kasih kerana memahami & membantu aku waktu dalam pantang dahulu. Walaupun pada awalnya dia nampak janggal melihat aku mengepam susu tetapi akhirnya dia faham. Awalnya dia mahu membantu aku membeli susu formula kerana tidak tahan melihat aku sakit (aku melahirkan Auni secara pembedahan). Tetapi aku tetap berkeras. Terima kasih semua.

----------------------------------------------------------

Inilah cerita bagaimana aku memulakan penyususuan secara exclusive untuk anak kesayanganku Auni. Jika ada pertanyaan, percanggahan pendapat bolehlah tulis dibahagian komen dibawah. Aku sedia menerima kritikan/pendapat dengan senang hati malah aku mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menukar-nukar pendapat serta berkongsi idea untuk ini.

Kepada yang baru ingin mula menyusukan anak secara ekslusif, anda tidak keseorangan dalam hal ini. Anda boleh bertanya kepada yang berpengalaman, kepada organisasi tertentu dan mencari info dengan mudah di internet!

Terima kasih kerana sudi membaca dan komen!

11 Response to "Bagaimana Aku Memulakan Penyusuan SUSU IBU secara ESKLUSIF?"

  1. Anonymous says:

    pengalaman awk ni sangat membantu saye untuk mulekan penyusuan secara eksklusif..thanks ya..

    viaemma says:

    Thanks... Ini pengalaman sy 3 tahun lepas. Pengalaman utk anak kedua sy lebih mudah :)

    saada says:

    AMEDA LACTALINE DUAL BREASTPUMP ni boleh ke guna terus botol bumblee bee??

    saada says:

    kena pegang dengan kedua belah tangan ke semasa gunakannya? tak boleh letak atas pelantar yang disediakan semasa mengepam?

    viaemma says:

    Botol bumblee bee boleh pakai dgn pam ni... Ya, kena pegang... xlama pun nk pegang. Just relex and rest masa mengepam...

    Anonymous says:

    Utk storage susu baby 2 awal mmg beli peti ais khas utk simpan susu ye?

    viaemma says:

    xbeli peti ais khas. Cuma guna peti ais dua pintu. Peti ais jenis 2 pintu, mampu simpan EBM selama 3 bulan.

    Unknown says:

    bukan mudahkan nak menjayakan penyusuan ibu.... to working moms yg sgt dedicated n committed tu mencabar... saya juga struggle hbs2an nk breastfeed anak...

    Unknown says:

    syabas... bukan mudah kan...kalau tak kuat semangat mmg boleh senang nak give up...tambah pulak rutin harian yg menuntut tenaga dan masa yg bukan sedikit...

    Unknown says:

    syabass......

    tahniah sis..doakan sy jgk ya, skrg bby da 6bln susu secara ekslusif..dan akan teruskan sampai bby 2tahun..insyakAllah mesty boleh, yg penting yakin :)

Post a Comment

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme